Saturday, May 15, 2010

Apartment For Sale - Shah Alam TTDI Jaya






Hi all..

Apartment for Sale -

Ilham Apartment
Jalan Sastera U2/1
Taman TTDI Jaya
Shah Alam

Block 26, 12th Floor. Maintenance RM115 sebulan. Sekolah, Bank, Shopping Mall, 10 minit dari Pusat Bandar Shah Alam, dekat dengan MSU, Politeknik dan Kolej PTPL. Rental can go up to RM800 - RM900 per month. House renovated with kitchen cabinet with 4 burner stove, built in wardrobe, ceiling fan and newly painted. View to appreciate. Price RM130k neg.

Call Ishak/Zatika at 012-5656211/012-6453477

Bye oll..

Wednesday, May 12, 2010

Bad Customer Service! Arghhh!

Public Bank should change name to Pubic Bank. Enuff said! Baaddd customer service!

I'm sick and tired when you call and look for people they tends to transfer you to other person and ask you to hold for a quite sometimes. I hate that part. Really! It's annoying ok!

Summore when we ask for some justifications, they tends to point fingers to other people as if ohh..u deal with him, u have to talk to him..then what if the person dies or on mc, can't you just check in the system or sumthing and at least give me some firm answers. Stupid! Moron!

Sorry, I had a bad day today. :(

Saturday, April 17, 2010

Saya Dilindungi, Anda Bila Lagi?

Salam u olls..

Ini ada pesanan dari Khaliff untuk kawan-kawan semua. Dia cakap ibu-ibu dan bapa-bapa diluar sana kena baca tau!

Khaliff cakap,

"Hari tu Auntie Irma datang visit mama saya masa dia lepas pantang. Auntie Irma share something dengan mama saye. Lepas diorang bincang mama saya sign up untuk saya Pelan Pendidikan Awal untuk saya. Masa tu saya masih berumur 4 bulan tau. Sebelum 1st birthday saya kan, saya dah 2 kali masuk hospital tau. Saya demam. Saya batuk. Saya tak sihat. Antibodi saya masih tak kuat sebab saya budak kecik lagi. Auntie n Uncle semua tau tak? Saya masuk hospital DEMC kat Shah Alam sebab mama saya tau kat sana Pakar Kanak-Kanaknya berpengalaman. Mama kata takpe. Dia mahu yang terbaik untuk saya. Saya dengar mama cuma bayar untuk saya RM100 sebulan untuk mendapatkan rawatan yang terbaik dekat hospital yang dia percaya."

"Tapi saya tau mama buat ni semua untuk saya. Saya dengar mama kata besok kalau saya dah besar, dia mahu saya jadi orang yang berguna. Dia tak mau saya masuk Realiti TV nak jadi penyanyi macam kat ape tu? Akademi Fantasia? Ish Ish..Saya pun tak mau la. Cita-cita saya nak jadi somebody. Apa-apa pun mesti yang bole buat mama dan ayah bangga dengan saya. Mama cakap duit untuk saya masuk universiti pun masa tu dah ada."

"Untuk auntie ke uncle yang terbaca ni, kalau nak tahu plan apa yang mama ambikkan untuk saya, bolelah call mama saya. Kalau boleh kebahagiaan dia sekarang dia nak kongsikan pada semua kawan-kawan dia. Terima Kasih ye."

"Sebelum saya mengundurkan diri, saya nak auntie dan uncle tengok gambar saya yang comel ni."


"Inilah Auntie Irma. Dengar kata, Auntie Irma baru dapat baby tau. Yay! nanti saye ada kawan :)"


"Comel tak saye?"







"Sekian, saye melaporkan dari bilik berita."

Bye oll...

After all these years

Salam u olls..

Semalam aku gi lepak-lepak Midvalley, gi buat direct approach. So seperti yang sedia maklum aku buat full time insurance agent la. Yela..daripada takde buat ape kat rumah better aku jalan-jalan cari kawan, cari prospek, who knows with a little bit of sharing might change their live forever.

So adalah sorang mamat ni aku approach. Engineer JKR hokey. A bit cocky. Rupanye orang Shah Alam. Umur baru 25 thn. Alahai.. budak hingusaan lagi. Yang si Richelle approach indian guy yang duduk sebelah dia. So aku buat la 2 line presentation kat dia. Nampak macam interested. Dia cakap dia takde duit. Dia kata baju dia abah dia punya, seluar dia 5 hari tak basuh, kasut girlfren bagi. Boleh? Pastu dengan bangga tunjuk aku medical card dia..platinum. Sekali tanya coverage? Lah RM100,000 je? Hahaha..nak ketawa pun ada jugak. Dik oii..kalau cancer treatment tu takde makna RM100,000 tu dik ye. Lepas tu time lunch tot just giving my friend a call. Dia keje kat area situ. Punya la excited kitorang jumpa. Siap peluk-peluk lagi. Mesti dia rindu gile kat aku. Hahaha.

Kawan aku nama dia Emerin. Sangat sarcastic punya manusia. A bit racist. But I really like her. Soooo much. Dia ngan aku memang ngam ngam ho punya. Dia ni budak Melaka. Batu Berendam. Dulu dia ni sama induction kat HSBC ngan aku. Dia resign dulu pastu baru aku. The best part is lepas tu aku lost contact ngan dia and finally jumpa kat FB. Thanks FB.

So masa kitorang gi minum tuh ada la pulak nampak kawan dia gi shopping. Wendy nama dia. Sangat friendly n parking kereta pakai jockey hokey! Si Wendy pulak dtg shopping ngan adik dia satu family. Adik dia punya anak..pergh..chubby gile. Badan ketak-ketak.


Sorry ye Em, aku exposed kau ok! Tengok tangan budak Michelin kat mana ye? Hamsap tak?


Comel tak?

So pas jumpa Em, aku jalan-jalan lagi cari prospek. Best jugak kerja aku ni. Cari kawan baru. Aku jumpa lak sorang mother yang vogue tengah bawak anak pompuan dia. Art Director kat Karangkraf. Tapi bile aku dah approach dia kata dah ambik education plan untuk anak dia. Baru je 2 bulan lepas. Dia cakap aku terlambat. Pastu dia amik kad aku dan dia kata nak bagi kat opis dia.

Pas tu bile aku dah penat aku cadang singgah MPH jap. Ingat nak cari buku self development, and u know what? Terjumpa mamat yang earlier aku jumpa tu. Dia kata.."Laa..akak ni lagi!" So kitorang borak-borak jap pastu aku balik.

Gi pasar malam lepas petang tu sama Khaliff ngan husband, terjumpa pulak senior aku masa ITM dulu. So aku dah amik contact number dia. Cadang nak jumpa next week kalau dia tak bz. Menarik menarik.

So sesapa rasa nak join aku buat keje ni..jalan-jalan cari kenalan..share a bit of what am I doing, bole lah call aku ye. Jangan malu jangan segan.

Bye all..

Thursday, April 15, 2010

Tentang Stigma Masyarakat Mengenai Insurans

Salam u olls..

Korang pernah dengar insurans tak? Hmm..dengar insurans semua macam takut je. Silap-silap sesiapa yang dah terbaca blog aku ni cepat-cepat tutup ye. Hmm..well..satu masa dulu aku pun macam tu. Bila ada org datang approach aku nak suruh ambik plan insurans aku akan lari cepat-cepat. Kalau bole sampai tak cukup kaki la. Bukan apa..dulu anggapan aku kalau insurans ni kalau mati baru boleh dapat duit. Betul tak?

Aku rasa stigma masyarakat tentang insurans lama kelamaan akan berubah. Well, siapa sangka sekarang dah banyak plan-plan insurans kebanyakannya berbentuk simpanan. Which means bukan setakat melindungi diri ketika berlakunya kemalangan, kematian, tetapi pada masa yang sama acting like a financial situation dalam hal menabung (pada waktu kecemasan dll.)

Masa Khaliff baru 3 bulan aku dah ambikkan dia plan untuk pendidikan and at the same time kalau dia sakit at least aku tak perlu susah payah memikirkan macamana aku nak cari duit nak bayar bil hospital.

Bayangkan Khaliff baru je nak masuk setahun 2 bulan, dah 2 kali masuk hospital. Sebab? Demam dan batuk berkahak. Sesiapa yang ada anak akan tahu betapa sedihnya kalau tengok anak kita sakit. Nasib baik aku dah ambikkan plan ni untuk Khaliff. Tak payah fikir nak swipe kad je. At least masa dia umur 18 tahun nanti ada la sikit fund untuk dia nak further study. Aku dengar kos nak hantar anak further study nak buat Medic kat oversea sekarang mencecah sejuta ringgit. Hmm..fikir-fikir kan lah.

Untuk para ibu yang belum ada lagi plan-plan pendidikan untuk anak fikirkanlah. Kita tak bole jangka apa akan berlaku pada kita pada masa akan datang.

Mungkin kalau ada sesiapa nak saya sharekan plan apa yang saya ambil untuk Khaliff, bolelah contact HP saya di 012-6453477. Masih belum terlambat untuk kita membuat keputusan.

Bye all..

Wednesday, April 14, 2010

Bz Bz Bz..

Salam u olls..

Wah..sejak aku resign ni dah lama rasanya tak update blog. Macam berkurun rasanya. First of all, sorry sebab lama menyepi ye. Bukan apa..bz dengan kerja baru aku ni. Penat. So..esok kena pergi conference di Sunway. Sampai petang ye. Nasib baik makan free. Best!. So..gotta run.. TTYL.

Bye all..

Friday, April 9, 2010

Goodbye Muhibbah, Welcome New Life

Salam u olls...

Seperti yang diketahui, semalam official last day aku di Muhibbah Engineering. Suda tutup buku ye kawan. So sesapa yang nak call aku tanya pasal kerja, manyak sori aku tak senang nak layan. Kalau aku free then only aku akan return call ye. Sorry, no more Mr Nice Guy. I hate people who take advantage on me, and I hate people who pretending they are nice, sweet but insde they have a rotten heart, and always think they are the best. U know who u are!

So hari ni keje aku ialah pergi ke Damansara, jumpa my partner Kok Min and Joanne. Wah, first time bawak kereta sendiri after all these years. I will get used to it. And, suprisingly I manage to close one case! (With the help from Kok Min, of course!) Thank you Kok Min.

So aku blogging dari kubikel kakakku di Uda Holdings ya. Well, meja dia besar bangat. And then, macam best je environmet dia! Cozy. :)

Tadi jumpa one prospect, my ex colleague from Research Inc, Rizali Hadi. Dah 10 years tak jumpa. Badan dia ngan aku dah sama2 kembang.

Well, Rizali, i understand your situation and hope you can get over it. Life goes on, man. Past is past. Now it's time to move on and cepat-cepatlah cari pengganti.

Pinjam few books from Along and nak chow pas ni.

Bye all....

Tuesday, April 6, 2010

Jalan Jalan Cari Ikan

Salam u olls..

Sorrylah dah beberapa hari menyepi. Khaliff demam lagi. Aku rasa sekarang ni memang musim kut. Pergi klinik ari tu tengok ramai bebudak yang batuk dan demam. Alhamdulillah Khaliff dah semakin sihat sekarang. Suhu dia pun aku pantau sentiasa. Aku rasa dia berjangkit dengan budak kat tempat babysitter dia. Hmm..adat la tu. Lately ni pun cuaca tak menentu.

Sunday lepas aku bawak dia gi jalan kat Akuarium kat Shah Alam Seksyen 2. Ramai gile hokey. Parking pun tadak. Saje for fun. Dah lama tak gi tengok ikan. Last aku pergi masa arwah ayah masih ada lagi. Arwah ayah aku suka bebeno bab haiwan-haiwan ni. Kalau bab Animal Planet dia nombor satu. Tapi aku kagum dengan arwah tentang knowledge pasal haiwan-haiwan ni.

Well..ni ada sedikit sebanyak gambar masa gi Akuarium tu. Best tau. Banyak ikan. Ikan jaws takde. Nanti aku nak beli akuarium satu. Nak bela ikan. Goreng pun sodap!


Khaliff muka demam


Arowana


Pari Polkadot (Rega dia RM888.00 seekor) Ada berani?


Ni kalau bakar cicah air asam sedap kut?


Nama ikan ni Discus sebab diorang ni duk diam2 je


Discus colourful

Bye all...

Tuesday, March 30, 2010

Yummylicious

Salam all..

Salah satu kegemaran aku bile masa lapang ialah memasak. Dan aku suka bebeno tengok AFC Channel 703 kat Astro. Best. Esp citer, Chef at Home (Chef Michael Smith), Chopped, Coffee talk & Hawker Woks, Ho Chak & Rusiyo Rusi, Jamie at Home and Nigella Bites, Fresh with Anna Olsen & Sugar. Macam syok je tengok diorang masak. Campak campak pun bole jadi kek.

Aku pun dah start mengenal resepi-resepi omputih (yang sampai tergeliat lidah nak menyebutnye) macam risotto, bruschetta, foie gras dll.

Well, among all the show aku suka Rusiyo Rusi. Sebab? Host dia yang kelakar/gedik tak hingat/ala ala drag dan diva iaitu Kumar. Dah la dia ni kuku panjang, pastu dilentik lentikkan lagi jari dia. Aku suka cara penyampaian dia yang selamba kodok dan kerja dia asyik nak mengaco orang masak. Kekadang dia joget la..menari nari la kat belakang chef. Dia ni kira ada signature style tersendiri. Kalau orang tengok jadi lawak pulak. Kalau aku jadi chef2 tu dah lama aku sepak dia sampai tertonggeng. Mana taknye..kerjanye asyik menyakat je. Rusiyo Rusi ni dalam bahasa tamil + english dan ada translationnya. Best..best..


Maksud Rusiyo Rusi tu ialah So Delicious. So..sesiapa nak release tension sekejap bole lah tonton citer ni. Kekadang kalau aku tengah stress aku tengok citer ni bole tersenyum aku dibuatnya.

Bye all..

TAK MAHU

Tak mahu pemandu yang membaling sampah keluar dari kenderaan
Tak mahu orang yang potong queue di plaza tol, di pasaraya dll
Tak mahu program realiti TV yang berunsurkan SMS ditayangkan lagi
Tak mahu orang yang menggunakan perkataan “HOK” di antara perbualan
Tak mahu cashier yang bertanya “kak, ada duit kecik tak?”
Tak mahu iklan menegangkan payudara/anu lelaki di akhbar-akhbar tempatan
Tak mahu menonton siri kegemaran hingga larut malam dan menyesal keesokan paginya
Tak mahu rancangan TV yang di ulang-ulang
Tak mahu terbau badan manusia yang tak pernah kenal erti deodorant
Tak mahu mendapat gaji bulanan semata-mata untuk membayar hutang
Tak mahu ring tone yang kuat dan mengganggu rakan sekerja
Tak mahu mempunyai kawan yang kedekut
Tak mahu cleaner pondan mengendeng – ngendeng mintak belanja makan
Tak mahu bos yang suka menengking pada awal pagi, rosak mood aku
Tak mahu orang yang suka berjanji tapi tak menepati
Tak mahu orang yang claim dia yang buat padahal itu hasil kerja orang lain
Tak mahu orang yang berani memakai sleeveless dan terlupa menebas hutan belukar
Tak mahu cerita tentang adik-beradik yang kakak suka membuli dan adik sentiasa redho dibuli
Tak mahu terserempak dengan indon yang memakai baju jaring dan menampakkan puting tetek
Tak mahu orang-orang yang mengumpat di dalam surau
Tak mahu orang yang suka jaga tepi kain orang lain

TAK MAHU, TAK MAHU & TAK MAHU!

Monday, March 29, 2010

Khaliff & His Favourite Food

Salam u olls..

Post aku yang lepas ada citer pasal Khaliff yang sekarang ni memang suka sangat makan sardine roll nie. Kalau pagi-pagi singgah warung kat masjid besar Shah Alam memang dia suka. Nampak je tupperware yg ada kuih tu dia dah jerit NAK! NAK!..Let the pictures do the talking lah ye. Muka tak mandi. Kang cakap korang tak caya pulak. :P







Bye olls..

Need Help? Call Nanny 911


Salam u olls..

Aku telah menangis semasa menonton Nanny 911 di NTV7 semalam, Monday @ 8.30pm. Yes, aku memang drama queen. Waaa!! Janganlah gelak. Sedey tau! Sob..sob ..tissue please..

Citer ni berkisarkan tentang Nanny yang dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan segala masalah keluarga dalam perihal menangani khususnya kerenah anaka-anak.

Kepada parents sekalian yang tak pernah menonton citer ni, aku suggestkan citer ni untuk korang tengok. Bukan setakat tengok, tapi ada banyak benda yang korang boleh belajar dlm cara didikan anak yang sempurna. Dari segi komunikasi, tanggungjawab sebagai ibu bapa, dan sebagainya. Of course la bab agama mereka takde, but on the positive side of it, kita bole applykan on day to day routine as a parents.

Yg kisah last week aku nak recap pasal hal couple yang tak sefahaman dari segi tanggungjawab. So bila anak2 terabai semua masalahnya bertitik tolak dari ibu bapa yang tak nak bekerjasama, tak nak bertolak ansur. End up anak2 yang jadi mangsa keadaan. Tu yang bile si ibu dah penat dia akan terpekik pekik kat anak, lepaskan geram pada anak. Mana taknye, si ibu la kena membasuh baju, sediakan makanan, mengemas etc. Si bapaknye pulak sibuk duduk mengasah pisau, baca paper, tengok tv, tido..boleh? So, Si Nanny ni terpaksa campur tangan dan suggest si suami take over kerja si isteri just for a day. And u know what? Si suami ni punya la kekok buat kerja rumah, tension dgn anak2 panjat sana, panjat sini, conteng sana conteng sini. ARGGHHHH!!!

So the point is si suami kenalah bagi kerjasama dalam bab menjaga rumahtangga ni. Tolong la kemas sikit rumah yang macam tongkang pecah, tolong basuh baju, pendek kata tolong la sikit si isteri tu buat kerja rumah.
Yang kisah semalam pulak pasal anak2 yang nakal dan tak dengar kata sebab si bapa dan si ibu kurang mahir bab komunikasi. Yg mereka tahu cuma menjerit, menengking. Bile si Nanny interfere, suggest si ibu guna reverse pshchology, cakap lembut lembut..mintak maaf dengan anak, dan berjanji yang mereka takkan gaduh gaduh lagi (sambil peluk dan cium anak)..(haa..masa nilah air mata aku merembes keluar) sedey tau...so, dah selesai satu lagi masalah.

Sebenarnya anak kita kalau dah selalu kena tengking, kena pukul..mereka dah jadi takut dengan kita. Akan hilang rasa hormat mereka pada kita. Jadi, gunakanlah saluran yang betul, masih belum terlambat nak mendidik anak dan nasihat ni ditujukan untuk aku juga.

Bye all..

Sunday, March 28, 2010

Dari mana Datangnye Lemak-Lemak Itu?



Muka innocent gile wa cakap lu...masa ni Darjah 1



Ni masa time sekolah Tingkatan 5..wah..I really miss that time..



Yang ni pulak masa kerja. Ya Ampun...mana datangnye lemak-lemak aku ni..TOLONG!! Aku mau kurussss!!!

Comel tak?


Ini gambar Khaliff yang latest. Muka comot tengah main buai kat taman. Comel tak? Comel tak?

How Far Would You Go?

Aku terpanggil untuk mengupdate blog yang dah sekian lama menyepi ni. First of all takziah aku ucapkan pada kawan aku Nurul Wahida Zainol Abidin yang telah kehilangan adik tersayang Nursalwa pada awal March (sorry, I couldn’t recall the date) kerana menghidap penyakit leukemia.

Untuk pengetahuan, Nurul was my colleague in Muhibbah back then, she resigned and joined a new company in Kota Damansara. Well, people come and people go. Cuma dlm setahun lebih aku kat sini aku tak ramai close friend. U know, kawan nak gi lunch, kawan seopis, sebab most of the time aku buat hal aku sendiri. Cuma masa tiga empat bulan sebelum dia resign aku rapat dengan dia.

Nurul dengan aku sebaya. So kadang2 aku share citer ngan dia masa kitorang kuar lunch. She’s a good buddy.

Saturday lepas aku keje, so Nurul pays us a visit and sementelah aku tanya pasal Salwa, arwah adik dia. Dengan rasa agak terkilan dia ada briefly citer pasal arwah. Masa akhir-akhir pemergian Salwa banyak benda benda misteri yang berlaku. Aku tak nak citer panjang kat sini. Tapi banyak pengajaran daripada citer dia ari tu. Dia ada jugak meluahkan yang dia agak terkilan sebab tak dapat bawak Salwa pergi berubat dekat ustaz etc. Tapi yang penting, arwah pergi dengan tenang dan aman.
Aku sedih dengar citer dia. Kalau betullah apa yang berlaku, kalau dia memang sakit pun kita redhakan pemergian dia. Dan kalau betul pun apa yang berlaku ke atas arwah adalah hasil buatan hasad dengki , kita doakan mereka diberi balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka.

Kadang2 aku pelik kalau manusia ni yang bab dengki mendengki, cemburu melihat kelebihan orang lain. Sampai kadang2 aku terfikir sampai to the extend yang u know, nak buat orang jadi miserable, gila, sakit berbagai. Apa yang kau dapat? Puas hati? Tak ingat syurga neraka ke?

Untuk Nurul, bersabarlah. Ada hikmah disebaliknya, yang penting Tuhan lebih menyayangi dia. Ingatlah Allah maha mengetahui, Allah maha adil.

Al-Fatihah buat Nursalwa Zainol Abidin. Semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. AMIN.

Wednesday, March 3, 2010

Aku Hampir Ditipu

Semalam lepas balik dari opis lebih kurang pukul 6 petang aku pun ajak la suami pergi makan kat Killiney (kat Tadisma Business Park). Memang sedap makanannye. Aku order Fish n Chips (macam muak sikit) dan utk incik suami aku orderkan Mee Rebus. Untuk si kecik pulak aku orderkan sosej, scrabble egg sama hash brown (si kecik tak makan pown). End up aku ngan incik suami yang tolong perabihkan.

Pastu incik suami baru je teringat pasal makanan Si Khaliff ni tak beli lagi. So, kami pun pergi la ke Giant Shah Alam Section 13 tu. Biasanye kitorang beli groceries pun dekat Tesco (sebab bole kumpul point). Kira dah lama jugak aku tak pergi ke Giant ni. Walhal lagi dekat kalau nak gi sana berbanding nak gi Tesco.
Pastu aku pun keluar la kat tempat keluar tanpa pembelian (sambil mendukung si Khaliff ni).

Tetiba aku diapproach oleh seorang mamat melayu ni. Berpakaian kemas. Not bad.
“Kak, akak dah amik souvenir tak?”. “Tak.” Aku jawab.
“Laa..betul ke akak tak dapat lagi?”. “Tak. Pe Mende nih?” Aku tanya dia.
“Akak pernah dengar Arezzo?”. “Pernah la..yg induction cooker tu kan?”. Aku jawab balik.
“Macam2 ada kak. Bukan setakat induction cooker. Kita ada microwave oven, air purifier dll.”
“Akak baru je beli bulan lepas. Dapur yg 4 burner, hud dan oven, nak panggang manusia pun bole.” Aku jawab dia balik. Memang pun aku ada beli brand Rubine untuk rumah baru aku nanti.

Oklah. Fine. Pastu dia pun dah nak suruh aku tulis satu borang kononnye nak amik souvenir tu la. Masa tu Khaliff duk merengek2 kat aku. Pastu salah sorang salesman kat situ amik si Khaliff. Dia dukung Khaliff semata2 nak suruh aku dengar yang mamat sorang ni punya cerita. Aku rasa dalam dua tiga orang salesman lelaki n couple of salesman pompuan. Yang pompuannya make up aduyaii..ngalahkan macam kucing makan anak. Dik oii...bulu mata palsu tu nampak palsu dik oiii...
Jap lagi ada salesman lagi sorang join. Chinese guy. Badan besar2 sikit. Bile dia dah start cakap omputih..aku pun speaking balik kat dia. Then aku pun dok tunggu laki aku tengah queue membayar nih. Lama betul. Pastu aku nampak mamat melayu tadi ni bagi kat Chinese guy tu satu kupon tear off.

“Akak..since akak dah dapat souvenir kita nak bagi lagi satu hadiah. Ni kira kupon diskaun utk akak incase in the future akak nak beli brg2 kita. So, akak bukak lah. Nanti kita tengok akak dpt diskaun apa.”

Part ni aku dah smell something is not right. “You bukaklah.” Aku jawab. Pastu dia pun bukak la kupon tear off tu. Dengan muka pelik + terperanjat Chinese guy tu cakap.
“Eh, kupon ni dah salah print la. Takkan la akak bole beli set periuk ni dgn harga RM100.00 je?.” Pastu muka mamat melayu tu pun macam terkejut la . (Cheh! Buat2). Earlier ada set periuk kat katalog tu dia tulis harga dlm RM3000++.

“Tak mungkinlah macam ni..nanti saya call boss saya.” Cheh..lakonan dia punya baik....At the same time dia tanya aku samada aku ni cikgu ke?”. Aku ingat nak je jawab ”Tak. Saya keje Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna”.
Pastu si cina ni explain la..maybe kupon ni salah print. Yang hadiah aku dpt tu..dengan setiap pembelian brgan Arezzo akan dapat beli set periuk tu dgn harga RM100.00.

Memang menipu. Nampak sangat berlakon. Pastu dia buat2 cakap dengan bos dia la..ckp kupon salah print la..apa la..what the hell, MAN!! Ingat aku ni bodoh macam kau ke???
Pastu kebetulan incik suami dah selesai membayar. Terus di ambiknya Khaliff dari tgn salesman tu tadi. Dengan muka pissed off dia cakap “Eh, cepatlah. Ape mende nih?.” Dah dah balik”.

Cina tadi pun cakap “Eh, kenapa muka suami u serius sangat ni?”. “Adalah mende tak kena ni”. Aku jawab balik.

Pastu aku nak angkat bontot ..diorang macam nak tahan aku. Pastu laki aku dah sound”Dah.Dah. I taknak.” “La..bang..dengar la dulu”. Mamat melayu ni cakap kat incik suami.

Aku cakap dalam hati nasib baik laki aku pun mcm dah tau taktik diorang ni. Nak pekena org je.

Pastu aku pun blah. Tanpa amik apa apa pun dari diorang.

Nasib baik aku tak ditipu. Tapi hampir-hampir.

Sampai je opis, aku google ‘AREZZO menipu’. Nah..keluar byk result dik non oiii.
Antaranya : http://arezzo-products.blogspot.com/

Alhamdulillah. Tuhan dah selamatkan aku. But I’m still pissed. Semua muka melayu yang kerja dengan company tuh. Tobat2 lah ye.

Monday, February 8, 2010

Anger Management



Aku join company yg sekarang ni dah nak masuk dua tahun. Sebelum ni aku dah 4 tahun kat Multi National Company yang culturenye totally different. Yelah..dengan Mat Salleh nye, dengan orang yang tak kenal pun murah dengan senyumannya. Best tau sebenarnya keje kat MNC company ni. Tapi yang tak best nye bile ada office politik.

Pastu aku join local company. Yang local company nye pulak...lagi aku tak faham. Culturenye..entah la..hal cakap2 belakang..lagi satu culture tempat company aku keje sekarang ni orgnye suka marah-marah. Aku siap bole culture shock bile masuk sini beb.

Tanya kena marah, buat salah kena marah (of course la kan), adatlah tu..
Masalahnye aku tak faham sangat segelintir attitude orang yang suka marah-marah ni. Nak tunjuk kuasa ke? (sebab kalau marah kan macam terpekik pekik macam hantu!) Relaks la..chill lah!

Kekadang aku notice orang yang suka marah2 ni memang saja nak buat orang lain tahu yang dia ni sebenarnye ada kuasa. Kira biar orang lain tahu yang dia je yang pandai kot?..orang lain bodoh..orang lain tak bole nak buat keje se’fantastic’ dia. Betul ke? Cuba suruh dia buat? Terkial2 aku rasa.

Yang paling aku tak faham kalau kita tanya soalan pun nak marah. Kita expect jawapan dari dia. Tapi dapat maki-makian. Yang best nye semua yang buat perangai ni bangsa kita. Hmm...maybe dia ingat dia je boleh marah..kita ni tak boleh. Sabar..sabar..
Bak kata Dato’ Fadzillah Kamsah..kalau rasa nak marah tu..pergi cari kain buruk ke..kertas sok kabo ke..duduk dalam bilik dan koyakkan. Kire macam melepaskan geram pada mende mende yang tak tau nak bersuara tu. Pastu dah puas..amik wuduk...release tension..

Hentikanlah perasaan marah anda for once. Life is too short to hate each other..Chill..

Tuesday, January 12, 2010

Chain Email

Aku suka email yang aku dapat pagi tadi. From Cik Ser.

I wanted to thank all my friends who have forwarded chain letters to me from 2002 - 2008, still continuing it in 2009,and hopefully will do so in 2010. Because of your kindness:

* I stopped drinking Coca Cola after I found out that it's good for removing toilet stains.

* I stopped going to the movies for fear of sitting on a needle infected with AIDS.

* I smell like a wet dog since I stopped using deodorants because they cause cancer, now my friends won't sit beside me anymore.

* I don't leave my car in the parking lot or any other place and sometimes I even have to walk about 7 blocks for fear that someone will drug me with a perfume sample and try to rob me.

* I also stopped answering the phone for fear that they may ask me to dial a stupid number and then I get a phone bill with calls to Uganda, Pakistan, Singapore and Tokyo.

* I also stopped drinking anything out of a can for fear that I will get sick from the rat feces and urine.

* When I go to parties, I don't look at any girl, no matter how hot she is, for fear that she will take me to a hotel, drug me then take my kidneys and leave me taking a nap in a bathtub full of ice.

* I also donated all my savings to the Amy Bruce account. A sick girl that was about to die in the hospital about 7,000 times.. (Poor girl! she's been 7 since 1993)

* Still open to help somebody from Nigeria who wants to use my account to transfer his uncle's property of $ 100 million, So much for his trustworthy.

LOL!

Sunday, January 10, 2010

The Enjoyment of Being a Mother

Salam everyone..

Khaliff dah nak masuk setahun dua bulan. Cepat betul masa berlalu. Aku macam dah tak ingat dah waktu dia masa kecik. Alih-alih now dah pandai jalan. Dah boleh buat gaduh dah. Biasa pagi-pagi waktu kerja masa on the way to work kitorang akan singgah warung kat Masjid Besar Shah Alam, beli bubur dia n pergi breakfast sekali.

Khaliff punya favourite kuih now is Sardine Roll. Kalau nampak kuih tu dari jauh dah jerit Nak! Nak!. Sampai makcik kedai tu pun dah kenal dia dah. Aku pun suka sardine, nak nak kalau letak banyak bawang. Syedapp!..Memang ikut perangai aku la si kecik ni. Dah tu kalau di pegangnya kuih tu dia akan genggam kuat kuat sampai kuih tu dah naik sloppy gile. Euw! Pantang kalau aku nak amik dari tangan dia, dia akan menjerit sampai nak pecah gegendang telinga aku..

Ish Ish Ish...kadang-kadang kalau malam malam nak tido kena wrestling ngan dia dulu. Sampai aku dah nak nyawa nyawa ikan baru la dia berenti nak nenen. Pastu end up mesti dia yg tido dulu. Bertuah punya budak. Nasib baik ko comel.

Bila dia dah tido baru la senang nak buat ape2. Penat sebenonye ada anak ni. Sejak ada Khaliff aku tak pernah kenal tido siang..tido yang aman dan tido lama macam masa bujang n dah kawin. Tapi yang penting aku happy sebab kepenatan aku akan hilang serta merta bila tengok muka Khaliff. Sebab dia comel. Boleh?

Bye all...nak sambung main nyorok2 ngan Khaliff.

Friday, January 8, 2010

Should I of Should'nt I?


Salam and good morning!
Hari Sabtu yang indah ini aku nak bagi satu post yang agak kelakar.

This awkward situation berlaku pagi tadi.

“Eh, Zack!. Kat gigi ko ada cili!.” Hahahahahha....Kelakar la pulak.

Korang pernah tak menghadapi situasi yang macam ni?.

Kadang-kadang masa berbual dengan kawan nampak ada sayur kangkung terselit celah gigi dia, ada cili..kadang-kadang ada taik mata. Pastu kes tak zip seluar. Kes buang angin kat bilik air sebelah sampai rasa nak bergegar belebas pintu, pastu yang keluar tu rupanya awek yang paling cun kat kompeni anda ataupun bos anda yang paling anda takuti. Ha?? Amacam?

Pastu pulak korang macam nak tegur, tapi malu. Nanti kalau ko tak tegur alamat jadi bahan ketawa dan ejekan la pulak.

So, apa ragu2? Tegur je la. Anggap jelah itu satu gurauan.

Patut tadi aku jawab kat kawan aku, “Eh, memang aku yang letak cili kat gigi aku ni. Saje nak bagitau ko aku makan sambal petai udang ngan nasi lemak pagi tadi. Jap lagi kalau ada bau dlm toilet, aku lah tu.”

“Boleh?”

Thursday, January 7, 2010

Honesty is the Best Policy

Hi all...

Serba sedikit cerita yang ingin aku sampaikan pada hari ini ialah berkaitan "Honesty is The Best Policy".

This morning aku gi toilet (menjalani proses penyahtinjaan) dan aku grab buku untuk dibawa baca ketika proses tersebut berlaku. (fyi, aku memang suka bawak buku sambil emm emm..u know what la)..

Kisah begini, seorang guru bernama Asma Muda yang baru tiba di KLIA Airport from Kota Bahru. Ketika sedang mengangkut luggagenya, beliau terperasan satu envelope putih daa..dan suprisingly dalamnya ada banyak wang. Kire kire 1500 Pound. Wah, banyak tu!..kalau kita dlm harga kereta kancil seken hen bole lepas tu.

So dekat envelope tu cuma tertulis 'TEOH' dan beliau begitu yakin orang yang kehilangan duit ni memang sedang betul betul memerlukan. Bayangkan kita hilang duit. Macamana? Perasaan tu mesti sedih, takut, geram dengan diri sendiri, especially bila amaun yang hilang tu banyak. (Aku vote sekali RM0.50 utk sehati berdansa pun rasa menyesal, inikan pulak duit banyak tu..)

So, Puan Asma kita ni pergi la ke pejabat The Star newspaper dan mengiklankan pasal sesiapa ada kehilangan wang dan juga disertakan nombor telefonnya sekali. Mana tau, berduyun duyun pulak yang cakap hilang duit, ada RM50 ribu la..ada RM200 la..ish ish ish..dan ada pulak tu yang call ckap "mende la lu..amik jela duit tu.." (yang ni aku yang tambah. Hehehe...)

Hinggalah dalam masa dua hari seorang lelaki bernama TEOH KEAN HONG telefon dan memberitahu yang dia ada kehilangan duit dalam 1500 Pound dan memberitahu bahawa ada tertulis namanya di envelope tersebut. NAH! sudah dapat orangnya ya!

So, Puan Asma ni pun janji bertemu kat pejabat The Star dan menyerahkan wang tu kepada Encik Teoh kita ni. So Encik Teoh ni memang sangat grateful dan dia mengatakan itu adalah duit kawan beliau yang hendak dikirim utuk diberikan kepada keluarga yang menetap di Malaysia. Dia pun mengucapkan "Terima Kasih" pada puan Asma sebab dia kata kalau dia nak kumpulkan dut sebanyak tu mungkin setahun belum tentu dapat. Hmm..how's that? Best kan cerita macam ni.

So, Puan Asma ni dapat banyaklah email, panggilan, surat yang memuji tindakan baik dia tu diserata dunia. Well, Puan Asma, u make us proud as a Malaysian!" Good job & Well Done!.

" SO, HOW HONEST ARE YOU? "

Kisah Peminjam dan Pemberi Pinjam

Good day!

Hari ini aku macam takde hati nak menulis, tapi aku dah tetapkan azam nak menulis walaupun takde sesiapa nak baca. At least aku boleh luahkan isi hati aku kat sini. Janji tak kacau orang, betul tak?

Pernah tak korang berhadapan dengan situasi yang korang rasa korang tak boleh cakap "TIDAK!"?

Memang susahkan.

Especially bila orang datang nak meminjam. Maksud aku, duit ataupun yang sewaktu dengannya. Nanti kalau tak diberi pinjam, dilabelnya kita kedekut. Kalau diberi pinjam tiap kali kita nampak muka org tu kita akan tertanya-tanya.."ish..dia ni..bile la nak bayar duit aku?"..Nak mintak segan. Mintak kang ada saja alasannya. (Takut macam desperate sangat).

Arwah ayah aku ada berpesan. "Jangan sesekali meminjam wang dan jangan sesekali memberi pinjam wang pada sesiapa". Well, I tried.

Aku ada terbaca dalam satu petikan di majalah Reader's Digest tentang kemelut dan dilema orang yang suka memberi pinjam wang kepada kawan/sahabat/sedara mara.

Antaranya ialah "Jika anda memberi pinjaman pada kawan/sahabat/saudara mara, genggamlah tangan anda dan anggaplah itu pemberian ikhlas kepada mereka". Anda mungkin tak akan rasa ralat jika mereka tidak memulangkan balik.

Satu ucapan ikhlas aku kepada kawan yang hendak meminjam "Saya masih mahu menjadi kawan kamu, malah kawan yang terbaik buat kamu. Jika saya membantu kamu (iaitu dengan memberi sejumlah wang kepada kamu) maka selepas ini saya takut saya tidak mampu untuk menjadi kawan terbaik buat kamu" kerana jika kamu tidak memberi kembali wang saya, setiap kali terpandang muka kamu, saya akan tertanya2 bilakah kamu akan mengembalikan wang saya dan seterusnya perasaan suka saya kepada kamu akan bertukar menjadi benci. Itu yang amat saya takuti. Jadi, jika kamu mahu berterusan bersahabat dengan saya, tolonglah".

baru sebentar tadi aku didatangi seseorang.

"Zack, boleh tak aku pinjam kereta ko sampai hari Ahad ni?"

"ERKK...!"

Wednesday, January 6, 2010

Technology can Kill You


Salam & Hello u olls..

Berapa kali dalam sehari anda menghabiskan masa membelek telefon, menyemak sms, mengupdate Blog (ehem..ehem), check Facebook (samada komen anda dah dibalas etc) dan melayari laman web?..

Well, jawapan AKU = most of the time.

Dan berapa kali mata anda terpaku dihadapan peti televisyen sampai tak sedar anak anda dah berada dibawah meja? diatas tangga? bermain diluar dengan anak-anak jiran? atau sedang lemas didalam kolam renang? Errkk..

Berapa kerapkan anda bersms setiap hari dan berapa kerapkan handphone anda berbunyi dalam sehari?

Hmm..sedar tak kawan2, sahabat, teman2 sekalian..? Berapa kerapkah kita duduk semeja makan bersama, ketawa bersama ahli keluarga yang lain dalam sebulan? Pernahkan anda terfikir bahawa masa2 itu sudah lama tiada dalam kamus hidup anda?

So, boleh ke kita "BLAME IT ON THE TECHNOLOGY?". Hmm..susah nak jawab, bukan?

Pada pendapat aku, teknologi ni memudahkan kehidupan kita dan ada juga yang memudaratkan hidup kita. Bayangkan nak masak nasi hanya menggunakan jari telunjuk, tak payah cari kayu api..hidupkan api etc. Zaman dulu bole la..kena tiup dapur sampai muka naik hitam. (Fair & Lovely pun tak dapat nak membantu).

Tapi what if kalau sehari tanpa penggunaan teknologi. Aku takkan menulis blog ni sekarang. Aku takkan tahu khabar mak di kampung. Aku takkan tahu siapa artis yang kena tangkap hari ni, yang bercerai semalam dan yang akan berkahwin minggu depan.

Cuba dalam sehari kita tak perlu gunakan handphone, internet, TV dll? Agak2 macam kera kena belacan ke? Atau macam kera dapat bunga? (tak mungkin..)..

Mungkin satu hari nanti kita tak perlu bercakap sesama sendiri dan tidak perlu bersua muka tidak perlu itu dan ini hanya kerana sudah ada teknologi yang terbaru. Well, we never know. Mungkinkah satu hari itu akan berlaku? Jawapannya jangan salahkan teknologi, tapi salahkan diri anda sendiri kerana membiarkan teknologi itu membunuh diri anda.

Konklusinya, sudahkah anda jenguk ibu di kampung kebelakangan ini?

Tata...

Does This Clutter Make My Butt Look Fat?

Good morning peeps..

Pernah tak korang terasa bila sampai rumah dan tengok rumah bersepah, macam tongkang pecah dek anak2 + korang punya barang barang berterabur sini sana and korang terasa sangat tension dan mahu menjerit meminta tolong 'KAO MENG AAA!!!!'

Well..for u olls info, aku dibesarkan dengan family yang agak ramai..nine of us..dan rumah kami selalunya jarang berkemas. Aku rasa ada la sebulan sekali mak aku kemas..susun elok2 brg2 rumah tapi hanya berjaya bertahan selama beberapa jam sahaja. Best tak?

Ceritanye semasa aku di UMW Toyota tahun 1999, aku pernah menghadiri satu kursus yang dipanggil 5S. 5S tu maksudnya Sorting, Straighten or Set in Order, Sweeping or Shining or Cleanliness, Standardizing and Sustaining the discipline. Banyak info yang aku boleh dapat dari sana and at the same time aku boleh apply kan dalam hidup aku seharian. Satu petikan yang aku rasa worth sharing ialah "Selalunya orang buang sampah pagi atau malam yang elok?" Kebanyakan jawab "PAGI!". Suprisingly, jawapannya ialah "MALAM!".

Sebab? Semasa waktu malam lah lipas, tikus, cicak berkeliaran dan mencari makanan. Lepas makhluk2 itu dapat makanan, mereka akan membina empayar di sarang sendiri. Itu lah sebab kadang2 kita tengok dekat rumah ada sarang tikus, lipas dll. Eii..geli! So..konklusinye..buanglah sampah pada malam hari. OK? Tapi jgn la pukul 12 malam ko keluar rumah bawak plastik hitam..tak pepasal pulak kena tangkap polis. eii seram!

Tips2 dari Peter Walsh (author Does This Clutter Make My Butt Look Fat? book) ada mengatakan once korang dapat junk mail terus masuk tong sampah..jgn kumpul sampai banyak2..lagi sediakan 3 container bila buat housekeeping. Satu utk yang dibuang, satu utk simpan dan satu lagi utk didermakan. Nak lagi info? Boleh google nama Peter Walsh and 5S. It's time to get organized!

Tuesday, January 5, 2010

Cerita Plastik

Hai...

Post aku hari ni pasal plastik (bukan pembedahan plastik yea..) tapi pasal plastik beg.

Last week aku tengok Oprah Winfrey show (aku memang minat talk show sebegini, sangat suka!!)..

Salah satu fakta mengenai plastik beg atau brg2 plastik yang dipetik dari rancangan tersebut:-

"Every year Americans throw away 25 billion polystyrene cups and 25 billion individual water bottles, most of which end up in landfills."

"More than 100 billion plastic bags are thrown away every year."

Ini salah satu contoh di US..itu baru di US..dengar kata yang sangat2 mementingkan alam sekitar..hmm so dekat Malaysia?..

Ceritanye macam ni...

So hari tu masa pergi IKEA dengan mak suddenly cashier tu cakap "sorry miss..we do not provide plastic bag, if you want to have it well..it costs u 20 cents each, but this is the only size that I have" sambil menunjukkan plastik putih yang sederhana besar..yang boleh muat agak2 satu barang je..kecik pulak tu..

Hmm...hubby aku pun macam marah je (tapi aku senyum je dlm hati " wah! bagusnye diorang ni!")..aku kata it's ok dan aku pun angkat brg2 yang mak beli tu dengan hati yang happy (Good job, IKEA!)..and I heard Jusco implemented no plastic bag for every Saturday, well, good job too, Jusco!..itu saranan kerajaan mengenai kempen plastik beg.. I really love it! Syabas!

Well, my sis, Along pun kira2 fan menyokong bawak beg sendiri utk bershopping..bermacam2 shopping bag dia ada.. I think plastic bag is a no-no to her..apa apa pun..kalau tak nak diri tenggelam dek sampah esok ..start NOW! Don't bother what other ppl said..yang penting sindri mau ingat..lu pikir lah sendiri! SAVE OUR ENVIRONMENT !

Post Pertama di Tahun Baru


As'kum semua..

Ini pertama kali aku baru nak mencuba menulis, sebelum ni bukan tak pernah menulis..tapi macam kelakar lah pulak kan..hmm mintak maap le kalau tulisan aku ni macam mengarut je..

Org lain sibuk buat blog, kita pun nak ikut sama..ha..tapi aku harap blog aku ni tak akan mati dan aku takkan sia siakannya...sebab sesetengah orang tulis blog macam separuh jalan..pastu tak update..well..drp aku baca blog org baik aku tulis sendiri..nak tulis apa tulis lah..janji aku hepi! (err ada ke orang nak baca blog aku nie?)..

Ceritanya pagi tadi bawak Khaliff pergi Pejabat Imigresen Shah Alam nak buat pasport (altho gambar yang diambil oleh jurugambar tu agak kelakar (Khaliff muka macam takut je)! . Aku ingat for sure orang akan beratur berduyun duyun..tapi mungkin rezeki kami cuma setengah jam sahaja masa menunggu. Aku pun baru je tau yang Pejabat Imigresen bukak on Saturday and Sunday. So bagus lah..
Kami bertiga (Hubby, aku n Khaliff) insyaallah akan ke Singapura pada 31hb ni..cadang nak duduk dekat JB je but this morning husband cakap akak iparnye dah suruh stay kat rumah dia kat Bedok, so save sikit budget :)..hmm so apa nak dibuat disana ye?

Aku dah ke sana dlm 3 kali (1st with hubby; sebab hubby dr sana, second with my friend Cik Suraya Murni and this coming one is going to be the 3rd time..

Aku rasa yang paling best kat Singapore ni bab shopping la (ramai kata mahal sebab currency sana tinggi aku rasa dlm SGD2.2 = RM1.00) tapi bile aku tengok takde pun mahal (bila dah convert duit kita kat sana)..

The last time aku pergi sana aku beli Dior Lip Gloss (harga kat sini around RM80.00) tapi kat sana dlm SGD25.00..murahkan?? pastu baju Giordano, Bossini, Hang Ten (alah..brand yang agak kureng menarik itu) harganye selepas convert RM10-RM15 ringgit je sehelai (well, kalau nak dicomparekan rasanya berbaloi baloi jugak la)..tapi aku tak fancy Giordano (kalau belikan adik aku yang duduk di Muar tu memang dia suka (apa apa pun nak brand Giordano)..

Hmm..masa aku pegi Vivo City dengan kawan aku Cik Sue last year..aku borong mangkuk Pyrex macam2 size (alah yang ada tutup plastik biru tu) ..murah gile..aku rasa beli kat Tangs kut..dah tu jalan jalan ternampak pulak periuk Vision (yang kaca 3 set tu)..harga dia cuma SGD75.00..aku pun angkut la..hehehe ..hasilnye penuh kereta si Sue tu dengan barang2 aku je..but thanks Sue sebab ajak aku jalan jalan...aaa..nanti kita gi Bandung lagi ye... :)

Pastu bile masuk ke Malaysia org Imigresen tu siap check suma2 brg..tak tanya apa pun ..aku pun gabra je takut kena tax whatsoever..last2 ok je..

Itula serba sedikit cerita aku gi Singapore..so bila korang nak konvoi gi sana? hmm...