Tuesday, March 30, 2010

TAK MAHU

Tak mahu pemandu yang membaling sampah keluar dari kenderaan
Tak mahu orang yang potong queue di plaza tol, di pasaraya dll
Tak mahu program realiti TV yang berunsurkan SMS ditayangkan lagi
Tak mahu orang yang menggunakan perkataan “HOK” di antara perbualan
Tak mahu cashier yang bertanya “kak, ada duit kecik tak?”
Tak mahu iklan menegangkan payudara/anu lelaki di akhbar-akhbar tempatan
Tak mahu menonton siri kegemaran hingga larut malam dan menyesal keesokan paginya
Tak mahu rancangan TV yang di ulang-ulang
Tak mahu terbau badan manusia yang tak pernah kenal erti deodorant
Tak mahu mendapat gaji bulanan semata-mata untuk membayar hutang
Tak mahu ring tone yang kuat dan mengganggu rakan sekerja
Tak mahu mempunyai kawan yang kedekut
Tak mahu cleaner pondan mengendeng – ngendeng mintak belanja makan
Tak mahu bos yang suka menengking pada awal pagi, rosak mood aku
Tak mahu orang yang suka berjanji tapi tak menepati
Tak mahu orang yang claim dia yang buat padahal itu hasil kerja orang lain
Tak mahu orang yang berani memakai sleeveless dan terlupa menebas hutan belukar
Tak mahu cerita tentang adik-beradik yang kakak suka membuli dan adik sentiasa redho dibuli
Tak mahu terserempak dengan indon yang memakai baju jaring dan menampakkan puting tetek
Tak mahu orang-orang yang mengumpat di dalam surau
Tak mahu orang yang suka jaga tepi kain orang lain

TAK MAHU, TAK MAHU & TAK MAHU!

No comments:

Post a Comment