Wednesday, January 6, 2010

Technology can Kill You


Salam & Hello u olls..

Berapa kali dalam sehari anda menghabiskan masa membelek telefon, menyemak sms, mengupdate Blog (ehem..ehem), check Facebook (samada komen anda dah dibalas etc) dan melayari laman web?..

Well, jawapan AKU = most of the time.

Dan berapa kali mata anda terpaku dihadapan peti televisyen sampai tak sedar anak anda dah berada dibawah meja? diatas tangga? bermain diluar dengan anak-anak jiran? atau sedang lemas didalam kolam renang? Errkk..

Berapa kerapkan anda bersms setiap hari dan berapa kerapkan handphone anda berbunyi dalam sehari?

Hmm..sedar tak kawan2, sahabat, teman2 sekalian..? Berapa kerapkah kita duduk semeja makan bersama, ketawa bersama ahli keluarga yang lain dalam sebulan? Pernahkan anda terfikir bahawa masa2 itu sudah lama tiada dalam kamus hidup anda?

So, boleh ke kita "BLAME IT ON THE TECHNOLOGY?". Hmm..susah nak jawab, bukan?

Pada pendapat aku, teknologi ni memudahkan kehidupan kita dan ada juga yang memudaratkan hidup kita. Bayangkan nak masak nasi hanya menggunakan jari telunjuk, tak payah cari kayu api..hidupkan api etc. Zaman dulu bole la..kena tiup dapur sampai muka naik hitam. (Fair & Lovely pun tak dapat nak membantu).

Tapi what if kalau sehari tanpa penggunaan teknologi. Aku takkan menulis blog ni sekarang. Aku takkan tahu khabar mak di kampung. Aku takkan tahu siapa artis yang kena tangkap hari ni, yang bercerai semalam dan yang akan berkahwin minggu depan.

Cuba dalam sehari kita tak perlu gunakan handphone, internet, TV dll? Agak2 macam kera kena belacan ke? Atau macam kera dapat bunga? (tak mungkin..)..

Mungkin satu hari nanti kita tak perlu bercakap sesama sendiri dan tidak perlu bersua muka tidak perlu itu dan ini hanya kerana sudah ada teknologi yang terbaru. Well, we never know. Mungkinkah satu hari itu akan berlaku? Jawapannya jangan salahkan teknologi, tapi salahkan diri anda sendiri kerana membiarkan teknologi itu membunuh diri anda.

Konklusinya, sudahkah anda jenguk ibu di kampung kebelakangan ini?

Tata...

No comments:

Post a Comment