Thursday, April 15, 2010

Tentang Stigma Masyarakat Mengenai Insurans

Salam u olls..

Korang pernah dengar insurans tak? Hmm..dengar insurans semua macam takut je. Silap-silap sesiapa yang dah terbaca blog aku ni cepat-cepat tutup ye. Hmm..well..satu masa dulu aku pun macam tu. Bila ada org datang approach aku nak suruh ambik plan insurans aku akan lari cepat-cepat. Kalau bole sampai tak cukup kaki la. Bukan apa..dulu anggapan aku kalau insurans ni kalau mati baru boleh dapat duit. Betul tak?

Aku rasa stigma masyarakat tentang insurans lama kelamaan akan berubah. Well, siapa sangka sekarang dah banyak plan-plan insurans kebanyakannya berbentuk simpanan. Which means bukan setakat melindungi diri ketika berlakunya kemalangan, kematian, tetapi pada masa yang sama acting like a financial situation dalam hal menabung (pada waktu kecemasan dll.)

Masa Khaliff baru 3 bulan aku dah ambikkan dia plan untuk pendidikan and at the same time kalau dia sakit at least aku tak perlu susah payah memikirkan macamana aku nak cari duit nak bayar bil hospital.

Bayangkan Khaliff baru je nak masuk setahun 2 bulan, dah 2 kali masuk hospital. Sebab? Demam dan batuk berkahak. Sesiapa yang ada anak akan tahu betapa sedihnya kalau tengok anak kita sakit. Nasib baik aku dah ambikkan plan ni untuk Khaliff. Tak payah fikir nak swipe kad je. At least masa dia umur 18 tahun nanti ada la sikit fund untuk dia nak further study. Aku dengar kos nak hantar anak further study nak buat Medic kat oversea sekarang mencecah sejuta ringgit. Hmm..fikir-fikir kan lah.

Untuk para ibu yang belum ada lagi plan-plan pendidikan untuk anak fikirkanlah. Kita tak bole jangka apa akan berlaku pada kita pada masa akan datang.

Mungkin kalau ada sesiapa nak saya sharekan plan apa yang saya ambil untuk Khaliff, bolelah contact HP saya di 012-6453477. Masih belum terlambat untuk kita membuat keputusan.

Bye all..

2 comments:

  1. baguihler zack...at least ko dah sedar kepentingan insurance...hehehe

    ReplyDelete
  2. hehe...aku teringat bapak ko pernah tanya aku dulu.. :)

    ReplyDelete