Tuesday, March 30, 2010

Yummylicious

Salam all..

Salah satu kegemaran aku bile masa lapang ialah memasak. Dan aku suka bebeno tengok AFC Channel 703 kat Astro. Best. Esp citer, Chef at Home (Chef Michael Smith), Chopped, Coffee talk & Hawker Woks, Ho Chak & Rusiyo Rusi, Jamie at Home and Nigella Bites, Fresh with Anna Olsen & Sugar. Macam syok je tengok diorang masak. Campak campak pun bole jadi kek.

Aku pun dah start mengenal resepi-resepi omputih (yang sampai tergeliat lidah nak menyebutnye) macam risotto, bruschetta, foie gras dll.

Well, among all the show aku suka Rusiyo Rusi. Sebab? Host dia yang kelakar/gedik tak hingat/ala ala drag dan diva iaitu Kumar. Dah la dia ni kuku panjang, pastu dilentik lentikkan lagi jari dia. Aku suka cara penyampaian dia yang selamba kodok dan kerja dia asyik nak mengaco orang masak. Kekadang dia joget la..menari nari la kat belakang chef. Dia ni kira ada signature style tersendiri. Kalau orang tengok jadi lawak pulak. Kalau aku jadi chef2 tu dah lama aku sepak dia sampai tertonggeng. Mana taknye..kerjanye asyik menyakat je. Rusiyo Rusi ni dalam bahasa tamil + english dan ada translationnya. Best..best..


Maksud Rusiyo Rusi tu ialah So Delicious. So..sesiapa nak release tension sekejap bole lah tonton citer ni. Kekadang kalau aku tengah stress aku tengok citer ni bole tersenyum aku dibuatnya.

Bye all..

No comments:

Post a Comment