Tuesday, January 5, 2010

Post Pertama di Tahun Baru


As'kum semua..

Ini pertama kali aku baru nak mencuba menulis, sebelum ni bukan tak pernah menulis..tapi macam kelakar lah pulak kan..hmm mintak maap le kalau tulisan aku ni macam mengarut je..

Org lain sibuk buat blog, kita pun nak ikut sama..ha..tapi aku harap blog aku ni tak akan mati dan aku takkan sia siakannya...sebab sesetengah orang tulis blog macam separuh jalan..pastu tak update..well..drp aku baca blog org baik aku tulis sendiri..nak tulis apa tulis lah..janji aku hepi! (err ada ke orang nak baca blog aku nie?)..

Ceritanya pagi tadi bawak Khaliff pergi Pejabat Imigresen Shah Alam nak buat pasport (altho gambar yang diambil oleh jurugambar tu agak kelakar (Khaliff muka macam takut je)! . Aku ingat for sure orang akan beratur berduyun duyun..tapi mungkin rezeki kami cuma setengah jam sahaja masa menunggu. Aku pun baru je tau yang Pejabat Imigresen bukak on Saturday and Sunday. So bagus lah..
Kami bertiga (Hubby, aku n Khaliff) insyaallah akan ke Singapura pada 31hb ni..cadang nak duduk dekat JB je but this morning husband cakap akak iparnye dah suruh stay kat rumah dia kat Bedok, so save sikit budget :)..hmm so apa nak dibuat disana ye?

Aku dah ke sana dlm 3 kali (1st with hubby; sebab hubby dr sana, second with my friend Cik Suraya Murni and this coming one is going to be the 3rd time..

Aku rasa yang paling best kat Singapore ni bab shopping la (ramai kata mahal sebab currency sana tinggi aku rasa dlm SGD2.2 = RM1.00) tapi bile aku tengok takde pun mahal (bila dah convert duit kita kat sana)..

The last time aku pergi sana aku beli Dior Lip Gloss (harga kat sini around RM80.00) tapi kat sana dlm SGD25.00..murahkan?? pastu baju Giordano, Bossini, Hang Ten (alah..brand yang agak kureng menarik itu) harganye selepas convert RM10-RM15 ringgit je sehelai (well, kalau nak dicomparekan rasanya berbaloi baloi jugak la)..tapi aku tak fancy Giordano (kalau belikan adik aku yang duduk di Muar tu memang dia suka (apa apa pun nak brand Giordano)..

Hmm..masa aku pegi Vivo City dengan kawan aku Cik Sue last year..aku borong mangkuk Pyrex macam2 size (alah yang ada tutup plastik biru tu) ..murah gile..aku rasa beli kat Tangs kut..dah tu jalan jalan ternampak pulak periuk Vision (yang kaca 3 set tu)..harga dia cuma SGD75.00..aku pun angkut la..hehehe ..hasilnye penuh kereta si Sue tu dengan barang2 aku je..but thanks Sue sebab ajak aku jalan jalan...aaa..nanti kita gi Bandung lagi ye... :)

Pastu bile masuk ke Malaysia org Imigresen tu siap check suma2 brg..tak tanya apa pun ..aku pun gabra je takut kena tax whatsoever..last2 ok je..

Itula serba sedikit cerita aku gi Singapore..so bila korang nak konvoi gi sana? hmm...


1 comment: