Thursday, January 7, 2010

Honesty is the Best Policy

Hi all...

Serba sedikit cerita yang ingin aku sampaikan pada hari ini ialah berkaitan "Honesty is The Best Policy".

This morning aku gi toilet (menjalani proses penyahtinjaan) dan aku grab buku untuk dibawa baca ketika proses tersebut berlaku. (fyi, aku memang suka bawak buku sambil emm emm..u know what la)..

Kisah begini, seorang guru bernama Asma Muda yang baru tiba di KLIA Airport from Kota Bahru. Ketika sedang mengangkut luggagenya, beliau terperasan satu envelope putih daa..dan suprisingly dalamnya ada banyak wang. Kire kire 1500 Pound. Wah, banyak tu!..kalau kita dlm harga kereta kancil seken hen bole lepas tu.

So dekat envelope tu cuma tertulis 'TEOH' dan beliau begitu yakin orang yang kehilangan duit ni memang sedang betul betul memerlukan. Bayangkan kita hilang duit. Macamana? Perasaan tu mesti sedih, takut, geram dengan diri sendiri, especially bila amaun yang hilang tu banyak. (Aku vote sekali RM0.50 utk sehati berdansa pun rasa menyesal, inikan pulak duit banyak tu..)

So, Puan Asma kita ni pergi la ke pejabat The Star newspaper dan mengiklankan pasal sesiapa ada kehilangan wang dan juga disertakan nombor telefonnya sekali. Mana tau, berduyun duyun pulak yang cakap hilang duit, ada RM50 ribu la..ada RM200 la..ish ish ish..dan ada pulak tu yang call ckap "mende la lu..amik jela duit tu.." (yang ni aku yang tambah. Hehehe...)

Hinggalah dalam masa dua hari seorang lelaki bernama TEOH KEAN HONG telefon dan memberitahu yang dia ada kehilangan duit dalam 1500 Pound dan memberitahu bahawa ada tertulis namanya di envelope tersebut. NAH! sudah dapat orangnya ya!

So, Puan Asma ni pun janji bertemu kat pejabat The Star dan menyerahkan wang tu kepada Encik Teoh kita ni. So Encik Teoh ni memang sangat grateful dan dia mengatakan itu adalah duit kawan beliau yang hendak dikirim utuk diberikan kepada keluarga yang menetap di Malaysia. Dia pun mengucapkan "Terima Kasih" pada puan Asma sebab dia kata kalau dia nak kumpulkan dut sebanyak tu mungkin setahun belum tentu dapat. Hmm..how's that? Best kan cerita macam ni.

So, Puan Asma ni dapat banyaklah email, panggilan, surat yang memuji tindakan baik dia tu diserata dunia. Well, Puan Asma, u make us proud as a Malaysian!" Good job & Well Done!.

" SO, HOW HONEST ARE YOU? "

No comments:

Post a Comment