Wednesday, March 3, 2010

Aku Hampir Ditipu

Semalam lepas balik dari opis lebih kurang pukul 6 petang aku pun ajak la suami pergi makan kat Killiney (kat Tadisma Business Park). Memang sedap makanannye. Aku order Fish n Chips (macam muak sikit) dan utk incik suami aku orderkan Mee Rebus. Untuk si kecik pulak aku orderkan sosej, scrabble egg sama hash brown (si kecik tak makan pown). End up aku ngan incik suami yang tolong perabihkan.

Pastu incik suami baru je teringat pasal makanan Si Khaliff ni tak beli lagi. So, kami pun pergi la ke Giant Shah Alam Section 13 tu. Biasanye kitorang beli groceries pun dekat Tesco (sebab bole kumpul point). Kira dah lama jugak aku tak pergi ke Giant ni. Walhal lagi dekat kalau nak gi sana berbanding nak gi Tesco.
Pastu aku pun keluar la kat tempat keluar tanpa pembelian (sambil mendukung si Khaliff ni).

Tetiba aku diapproach oleh seorang mamat melayu ni. Berpakaian kemas. Not bad.
“Kak, akak dah amik souvenir tak?”. “Tak.” Aku jawab.
“Laa..betul ke akak tak dapat lagi?”. “Tak. Pe Mende nih?” Aku tanya dia.
“Akak pernah dengar Arezzo?”. “Pernah la..yg induction cooker tu kan?”. Aku jawab balik.
“Macam2 ada kak. Bukan setakat induction cooker. Kita ada microwave oven, air purifier dll.”
“Akak baru je beli bulan lepas. Dapur yg 4 burner, hud dan oven, nak panggang manusia pun bole.” Aku jawab dia balik. Memang pun aku ada beli brand Rubine untuk rumah baru aku nanti.

Oklah. Fine. Pastu dia pun dah nak suruh aku tulis satu borang kononnye nak amik souvenir tu la. Masa tu Khaliff duk merengek2 kat aku. Pastu salah sorang salesman kat situ amik si Khaliff. Dia dukung Khaliff semata2 nak suruh aku dengar yang mamat sorang ni punya cerita. Aku rasa dalam dua tiga orang salesman lelaki n couple of salesman pompuan. Yang pompuannya make up aduyaii..ngalahkan macam kucing makan anak. Dik oii...bulu mata palsu tu nampak palsu dik oiii...
Jap lagi ada salesman lagi sorang join. Chinese guy. Badan besar2 sikit. Bile dia dah start cakap omputih..aku pun speaking balik kat dia. Then aku pun dok tunggu laki aku tengah queue membayar nih. Lama betul. Pastu aku nampak mamat melayu tadi ni bagi kat Chinese guy tu satu kupon tear off.

“Akak..since akak dah dapat souvenir kita nak bagi lagi satu hadiah. Ni kira kupon diskaun utk akak incase in the future akak nak beli brg2 kita. So, akak bukak lah. Nanti kita tengok akak dpt diskaun apa.”

Part ni aku dah smell something is not right. “You bukaklah.” Aku jawab. Pastu dia pun bukak la kupon tear off tu. Dengan muka pelik + terperanjat Chinese guy tu cakap.
“Eh, kupon ni dah salah print la. Takkan la akak bole beli set periuk ni dgn harga RM100.00 je?.” Pastu muka mamat melayu tu pun macam terkejut la . (Cheh! Buat2). Earlier ada set periuk kat katalog tu dia tulis harga dlm RM3000++.

“Tak mungkinlah macam ni..nanti saya call boss saya.” Cheh..lakonan dia punya baik....At the same time dia tanya aku samada aku ni cikgu ke?”. Aku ingat nak je jawab ”Tak. Saya keje Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna”.
Pastu si cina ni explain la..maybe kupon ni salah print. Yang hadiah aku dpt tu..dengan setiap pembelian brgan Arezzo akan dapat beli set periuk tu dgn harga RM100.00.

Memang menipu. Nampak sangat berlakon. Pastu dia buat2 cakap dengan bos dia la..ckp kupon salah print la..apa la..what the hell, MAN!! Ingat aku ni bodoh macam kau ke???
Pastu kebetulan incik suami dah selesai membayar. Terus di ambiknya Khaliff dari tgn salesman tu tadi. Dengan muka pissed off dia cakap “Eh, cepatlah. Ape mende nih?.” Dah dah balik”.

Cina tadi pun cakap “Eh, kenapa muka suami u serius sangat ni?”. “Adalah mende tak kena ni”. Aku jawab balik.

Pastu aku nak angkat bontot ..diorang macam nak tahan aku. Pastu laki aku dah sound”Dah.Dah. I taknak.” “La..bang..dengar la dulu”. Mamat melayu ni cakap kat incik suami.

Aku cakap dalam hati nasib baik laki aku pun mcm dah tau taktik diorang ni. Nak pekena org je.

Pastu aku pun blah. Tanpa amik apa apa pun dari diorang.

Nasib baik aku tak ditipu. Tapi hampir-hampir.

Sampai je opis, aku google ‘AREZZO menipu’. Nah..keluar byk result dik non oiii.
Antaranya : http://arezzo-products.blogspot.com/

Alhamdulillah. Tuhan dah selamatkan aku. But I’m still pissed. Semua muka melayu yang kerja dengan company tuh. Tobat2 lah ye.

No comments:

Post a Comment