Thursday, January 7, 2010

Kisah Peminjam dan Pemberi Pinjam

Good day!

Hari ini aku macam takde hati nak menulis, tapi aku dah tetapkan azam nak menulis walaupun takde sesiapa nak baca. At least aku boleh luahkan isi hati aku kat sini. Janji tak kacau orang, betul tak?

Pernah tak korang berhadapan dengan situasi yang korang rasa korang tak boleh cakap "TIDAK!"?

Memang susahkan.

Especially bila orang datang nak meminjam. Maksud aku, duit ataupun yang sewaktu dengannya. Nanti kalau tak diberi pinjam, dilabelnya kita kedekut. Kalau diberi pinjam tiap kali kita nampak muka org tu kita akan tertanya-tanya.."ish..dia ni..bile la nak bayar duit aku?"..Nak mintak segan. Mintak kang ada saja alasannya. (Takut macam desperate sangat).

Arwah ayah aku ada berpesan. "Jangan sesekali meminjam wang dan jangan sesekali memberi pinjam wang pada sesiapa". Well, I tried.

Aku ada terbaca dalam satu petikan di majalah Reader's Digest tentang kemelut dan dilema orang yang suka memberi pinjam wang kepada kawan/sahabat/sedara mara.

Antaranya ialah "Jika anda memberi pinjaman pada kawan/sahabat/saudara mara, genggamlah tangan anda dan anggaplah itu pemberian ikhlas kepada mereka". Anda mungkin tak akan rasa ralat jika mereka tidak memulangkan balik.

Satu ucapan ikhlas aku kepada kawan yang hendak meminjam "Saya masih mahu menjadi kawan kamu, malah kawan yang terbaik buat kamu. Jika saya membantu kamu (iaitu dengan memberi sejumlah wang kepada kamu) maka selepas ini saya takut saya tidak mampu untuk menjadi kawan terbaik buat kamu" kerana jika kamu tidak memberi kembali wang saya, setiap kali terpandang muka kamu, saya akan tertanya2 bilakah kamu akan mengembalikan wang saya dan seterusnya perasaan suka saya kepada kamu akan bertukar menjadi benci. Itu yang amat saya takuti. Jadi, jika kamu mahu berterusan bersahabat dengan saya, tolonglah".

baru sebentar tadi aku didatangi seseorang.

"Zack, boleh tak aku pinjam kereta ko sampai hari Ahad ni?"

"ERKK...!"

No comments:

Post a Comment