Tuesday, January 12, 2010

Chain Email

Aku suka email yang aku dapat pagi tadi. From Cik Ser.

I wanted to thank all my friends who have forwarded chain letters to me from 2002 - 2008, still continuing it in 2009,and hopefully will do so in 2010. Because of your kindness:

* I stopped drinking Coca Cola after I found out that it's good for removing toilet stains.

* I stopped going to the movies for fear of sitting on a needle infected with AIDS.

* I smell like a wet dog since I stopped using deodorants because they cause cancer, now my friends won't sit beside me anymore.

* I don't leave my car in the parking lot or any other place and sometimes I even have to walk about 7 blocks for fear that someone will drug me with a perfume sample and try to rob me.

* I also stopped answering the phone for fear that they may ask me to dial a stupid number and then I get a phone bill with calls to Uganda, Pakistan, Singapore and Tokyo.

* I also stopped drinking anything out of a can for fear that I will get sick from the rat feces and urine.

* When I go to parties, I don't look at any girl, no matter how hot she is, for fear that she will take me to a hotel, drug me then take my kidneys and leave me taking a nap in a bathtub full of ice.

* I also donated all my savings to the Amy Bruce account. A sick girl that was about to die in the hospital about 7,000 times.. (Poor girl! she's been 7 since 1993)

* Still open to help somebody from Nigeria who wants to use my account to transfer his uncle's property of $ 100 million, So much for his trustworthy.

LOL!

Sunday, January 10, 2010

The Enjoyment of Being a Mother

Salam everyone..

Khaliff dah nak masuk setahun dua bulan. Cepat betul masa berlalu. Aku macam dah tak ingat dah waktu dia masa kecik. Alih-alih now dah pandai jalan. Dah boleh buat gaduh dah. Biasa pagi-pagi waktu kerja masa on the way to work kitorang akan singgah warung kat Masjid Besar Shah Alam, beli bubur dia n pergi breakfast sekali.

Khaliff punya favourite kuih now is Sardine Roll. Kalau nampak kuih tu dari jauh dah jerit Nak! Nak!. Sampai makcik kedai tu pun dah kenal dia dah. Aku pun suka sardine, nak nak kalau letak banyak bawang. Syedapp!..Memang ikut perangai aku la si kecik ni. Dah tu kalau di pegangnya kuih tu dia akan genggam kuat kuat sampai kuih tu dah naik sloppy gile. Euw! Pantang kalau aku nak amik dari tangan dia, dia akan menjerit sampai nak pecah gegendang telinga aku..

Ish Ish Ish...kadang-kadang kalau malam malam nak tido kena wrestling ngan dia dulu. Sampai aku dah nak nyawa nyawa ikan baru la dia berenti nak nenen. Pastu end up mesti dia yg tido dulu. Bertuah punya budak. Nasib baik ko comel.

Bila dia dah tido baru la senang nak buat ape2. Penat sebenonye ada anak ni. Sejak ada Khaliff aku tak pernah kenal tido siang..tido yang aman dan tido lama macam masa bujang n dah kawin. Tapi yang penting aku happy sebab kepenatan aku akan hilang serta merta bila tengok muka Khaliff. Sebab dia comel. Boleh?

Bye all...nak sambung main nyorok2 ngan Khaliff.

Friday, January 8, 2010

Should I of Should'nt I?


Salam and good morning!
Hari Sabtu yang indah ini aku nak bagi satu post yang agak kelakar.

This awkward situation berlaku pagi tadi.

“Eh, Zack!. Kat gigi ko ada cili!.” Hahahahahha....Kelakar la pulak.

Korang pernah tak menghadapi situasi yang macam ni?.

Kadang-kadang masa berbual dengan kawan nampak ada sayur kangkung terselit celah gigi dia, ada cili..kadang-kadang ada taik mata. Pastu kes tak zip seluar. Kes buang angin kat bilik air sebelah sampai rasa nak bergegar belebas pintu, pastu yang keluar tu rupanya awek yang paling cun kat kompeni anda ataupun bos anda yang paling anda takuti. Ha?? Amacam?

Pastu pulak korang macam nak tegur, tapi malu. Nanti kalau ko tak tegur alamat jadi bahan ketawa dan ejekan la pulak.

So, apa ragu2? Tegur je la. Anggap jelah itu satu gurauan.

Patut tadi aku jawab kat kawan aku, “Eh, memang aku yang letak cili kat gigi aku ni. Saje nak bagitau ko aku makan sambal petai udang ngan nasi lemak pagi tadi. Jap lagi kalau ada bau dlm toilet, aku lah tu.”

“Boleh?”

Thursday, January 7, 2010

Honesty is the Best Policy

Hi all...

Serba sedikit cerita yang ingin aku sampaikan pada hari ini ialah berkaitan "Honesty is The Best Policy".

This morning aku gi toilet (menjalani proses penyahtinjaan) dan aku grab buku untuk dibawa baca ketika proses tersebut berlaku. (fyi, aku memang suka bawak buku sambil emm emm..u know what la)..

Kisah begini, seorang guru bernama Asma Muda yang baru tiba di KLIA Airport from Kota Bahru. Ketika sedang mengangkut luggagenya, beliau terperasan satu envelope putih daa..dan suprisingly dalamnya ada banyak wang. Kire kire 1500 Pound. Wah, banyak tu!..kalau kita dlm harga kereta kancil seken hen bole lepas tu.

So dekat envelope tu cuma tertulis 'TEOH' dan beliau begitu yakin orang yang kehilangan duit ni memang sedang betul betul memerlukan. Bayangkan kita hilang duit. Macamana? Perasaan tu mesti sedih, takut, geram dengan diri sendiri, especially bila amaun yang hilang tu banyak. (Aku vote sekali RM0.50 utk sehati berdansa pun rasa menyesal, inikan pulak duit banyak tu..)

So, Puan Asma kita ni pergi la ke pejabat The Star newspaper dan mengiklankan pasal sesiapa ada kehilangan wang dan juga disertakan nombor telefonnya sekali. Mana tau, berduyun duyun pulak yang cakap hilang duit, ada RM50 ribu la..ada RM200 la..ish ish ish..dan ada pulak tu yang call ckap "mende la lu..amik jela duit tu.." (yang ni aku yang tambah. Hehehe...)

Hinggalah dalam masa dua hari seorang lelaki bernama TEOH KEAN HONG telefon dan memberitahu yang dia ada kehilangan duit dalam 1500 Pound dan memberitahu bahawa ada tertulis namanya di envelope tersebut. NAH! sudah dapat orangnya ya!

So, Puan Asma ni pun janji bertemu kat pejabat The Star dan menyerahkan wang tu kepada Encik Teoh kita ni. So Encik Teoh ni memang sangat grateful dan dia mengatakan itu adalah duit kawan beliau yang hendak dikirim utuk diberikan kepada keluarga yang menetap di Malaysia. Dia pun mengucapkan "Terima Kasih" pada puan Asma sebab dia kata kalau dia nak kumpulkan dut sebanyak tu mungkin setahun belum tentu dapat. Hmm..how's that? Best kan cerita macam ni.

So, Puan Asma ni dapat banyaklah email, panggilan, surat yang memuji tindakan baik dia tu diserata dunia. Well, Puan Asma, u make us proud as a Malaysian!" Good job & Well Done!.

" SO, HOW HONEST ARE YOU? "

Kisah Peminjam dan Pemberi Pinjam

Good day!

Hari ini aku macam takde hati nak menulis, tapi aku dah tetapkan azam nak menulis walaupun takde sesiapa nak baca. At least aku boleh luahkan isi hati aku kat sini. Janji tak kacau orang, betul tak?

Pernah tak korang berhadapan dengan situasi yang korang rasa korang tak boleh cakap "TIDAK!"?

Memang susahkan.

Especially bila orang datang nak meminjam. Maksud aku, duit ataupun yang sewaktu dengannya. Nanti kalau tak diberi pinjam, dilabelnya kita kedekut. Kalau diberi pinjam tiap kali kita nampak muka org tu kita akan tertanya-tanya.."ish..dia ni..bile la nak bayar duit aku?"..Nak mintak segan. Mintak kang ada saja alasannya. (Takut macam desperate sangat).

Arwah ayah aku ada berpesan. "Jangan sesekali meminjam wang dan jangan sesekali memberi pinjam wang pada sesiapa". Well, I tried.

Aku ada terbaca dalam satu petikan di majalah Reader's Digest tentang kemelut dan dilema orang yang suka memberi pinjam wang kepada kawan/sahabat/sedara mara.

Antaranya ialah "Jika anda memberi pinjaman pada kawan/sahabat/saudara mara, genggamlah tangan anda dan anggaplah itu pemberian ikhlas kepada mereka". Anda mungkin tak akan rasa ralat jika mereka tidak memulangkan balik.

Satu ucapan ikhlas aku kepada kawan yang hendak meminjam "Saya masih mahu menjadi kawan kamu, malah kawan yang terbaik buat kamu. Jika saya membantu kamu (iaitu dengan memberi sejumlah wang kepada kamu) maka selepas ini saya takut saya tidak mampu untuk menjadi kawan terbaik buat kamu" kerana jika kamu tidak memberi kembali wang saya, setiap kali terpandang muka kamu, saya akan tertanya2 bilakah kamu akan mengembalikan wang saya dan seterusnya perasaan suka saya kepada kamu akan bertukar menjadi benci. Itu yang amat saya takuti. Jadi, jika kamu mahu berterusan bersahabat dengan saya, tolonglah".

baru sebentar tadi aku didatangi seseorang.

"Zack, boleh tak aku pinjam kereta ko sampai hari Ahad ni?"

"ERKK...!"

Wednesday, January 6, 2010

Technology can Kill You


Salam & Hello u olls..

Berapa kali dalam sehari anda menghabiskan masa membelek telefon, menyemak sms, mengupdate Blog (ehem..ehem), check Facebook (samada komen anda dah dibalas etc) dan melayari laman web?..

Well, jawapan AKU = most of the time.

Dan berapa kali mata anda terpaku dihadapan peti televisyen sampai tak sedar anak anda dah berada dibawah meja? diatas tangga? bermain diluar dengan anak-anak jiran? atau sedang lemas didalam kolam renang? Errkk..

Berapa kerapkan anda bersms setiap hari dan berapa kerapkan handphone anda berbunyi dalam sehari?

Hmm..sedar tak kawan2, sahabat, teman2 sekalian..? Berapa kerapkah kita duduk semeja makan bersama, ketawa bersama ahli keluarga yang lain dalam sebulan? Pernahkan anda terfikir bahawa masa2 itu sudah lama tiada dalam kamus hidup anda?

So, boleh ke kita "BLAME IT ON THE TECHNOLOGY?". Hmm..susah nak jawab, bukan?

Pada pendapat aku, teknologi ni memudahkan kehidupan kita dan ada juga yang memudaratkan hidup kita. Bayangkan nak masak nasi hanya menggunakan jari telunjuk, tak payah cari kayu api..hidupkan api etc. Zaman dulu bole la..kena tiup dapur sampai muka naik hitam. (Fair & Lovely pun tak dapat nak membantu).

Tapi what if kalau sehari tanpa penggunaan teknologi. Aku takkan menulis blog ni sekarang. Aku takkan tahu khabar mak di kampung. Aku takkan tahu siapa artis yang kena tangkap hari ni, yang bercerai semalam dan yang akan berkahwin minggu depan.

Cuba dalam sehari kita tak perlu gunakan handphone, internet, TV dll? Agak2 macam kera kena belacan ke? Atau macam kera dapat bunga? (tak mungkin..)..

Mungkin satu hari nanti kita tak perlu bercakap sesama sendiri dan tidak perlu bersua muka tidak perlu itu dan ini hanya kerana sudah ada teknologi yang terbaru. Well, we never know. Mungkinkah satu hari itu akan berlaku? Jawapannya jangan salahkan teknologi, tapi salahkan diri anda sendiri kerana membiarkan teknologi itu membunuh diri anda.

Konklusinya, sudahkah anda jenguk ibu di kampung kebelakangan ini?

Tata...

Does This Clutter Make My Butt Look Fat?

Good morning peeps..

Pernah tak korang terasa bila sampai rumah dan tengok rumah bersepah, macam tongkang pecah dek anak2 + korang punya barang barang berterabur sini sana and korang terasa sangat tension dan mahu menjerit meminta tolong 'KAO MENG AAA!!!!'

Well..for u olls info, aku dibesarkan dengan family yang agak ramai..nine of us..dan rumah kami selalunya jarang berkemas. Aku rasa ada la sebulan sekali mak aku kemas..susun elok2 brg2 rumah tapi hanya berjaya bertahan selama beberapa jam sahaja. Best tak?

Ceritanye semasa aku di UMW Toyota tahun 1999, aku pernah menghadiri satu kursus yang dipanggil 5S. 5S tu maksudnya Sorting, Straighten or Set in Order, Sweeping or Shining or Cleanliness, Standardizing and Sustaining the discipline. Banyak info yang aku boleh dapat dari sana and at the same time aku boleh apply kan dalam hidup aku seharian. Satu petikan yang aku rasa worth sharing ialah "Selalunya orang buang sampah pagi atau malam yang elok?" Kebanyakan jawab "PAGI!". Suprisingly, jawapannya ialah "MALAM!".

Sebab? Semasa waktu malam lah lipas, tikus, cicak berkeliaran dan mencari makanan. Lepas makhluk2 itu dapat makanan, mereka akan membina empayar di sarang sendiri. Itu lah sebab kadang2 kita tengok dekat rumah ada sarang tikus, lipas dll. Eii..geli! So..konklusinye..buanglah sampah pada malam hari. OK? Tapi jgn la pukul 12 malam ko keluar rumah bawak plastik hitam..tak pepasal pulak kena tangkap polis. eii seram!

Tips2 dari Peter Walsh (author Does This Clutter Make My Butt Look Fat? book) ada mengatakan once korang dapat junk mail terus masuk tong sampah..jgn kumpul sampai banyak2..lagi sediakan 3 container bila buat housekeeping. Satu utk yang dibuang, satu utk simpan dan satu lagi utk didermakan. Nak lagi info? Boleh google nama Peter Walsh and 5S. It's time to get organized!

Tuesday, January 5, 2010

Cerita Plastik

Hai...

Post aku hari ni pasal plastik (bukan pembedahan plastik yea..) tapi pasal plastik beg.

Last week aku tengok Oprah Winfrey show (aku memang minat talk show sebegini, sangat suka!!)..

Salah satu fakta mengenai plastik beg atau brg2 plastik yang dipetik dari rancangan tersebut:-

"Every year Americans throw away 25 billion polystyrene cups and 25 billion individual water bottles, most of which end up in landfills."

"More than 100 billion plastic bags are thrown away every year."

Ini salah satu contoh di US..itu baru di US..dengar kata yang sangat2 mementingkan alam sekitar..hmm so dekat Malaysia?..

Ceritanye macam ni...

So hari tu masa pergi IKEA dengan mak suddenly cashier tu cakap "sorry miss..we do not provide plastic bag, if you want to have it well..it costs u 20 cents each, but this is the only size that I have" sambil menunjukkan plastik putih yang sederhana besar..yang boleh muat agak2 satu barang je..kecik pulak tu..

Hmm...hubby aku pun macam marah je (tapi aku senyum je dlm hati " wah! bagusnye diorang ni!")..aku kata it's ok dan aku pun angkat brg2 yang mak beli tu dengan hati yang happy (Good job, IKEA!)..and I heard Jusco implemented no plastic bag for every Saturday, well, good job too, Jusco!..itu saranan kerajaan mengenai kempen plastik beg.. I really love it! Syabas!

Well, my sis, Along pun kira2 fan menyokong bawak beg sendiri utk bershopping..bermacam2 shopping bag dia ada.. I think plastic bag is a no-no to her..apa apa pun..kalau tak nak diri tenggelam dek sampah esok ..start NOW! Don't bother what other ppl said..yang penting sindri mau ingat..lu pikir lah sendiri! SAVE OUR ENVIRONMENT !

Post Pertama di Tahun Baru


As'kum semua..

Ini pertama kali aku baru nak mencuba menulis, sebelum ni bukan tak pernah menulis..tapi macam kelakar lah pulak kan..hmm mintak maap le kalau tulisan aku ni macam mengarut je..

Org lain sibuk buat blog, kita pun nak ikut sama..ha..tapi aku harap blog aku ni tak akan mati dan aku takkan sia siakannya...sebab sesetengah orang tulis blog macam separuh jalan..pastu tak update..well..drp aku baca blog org baik aku tulis sendiri..nak tulis apa tulis lah..janji aku hepi! (err ada ke orang nak baca blog aku nie?)..

Ceritanya pagi tadi bawak Khaliff pergi Pejabat Imigresen Shah Alam nak buat pasport (altho gambar yang diambil oleh jurugambar tu agak kelakar (Khaliff muka macam takut je)! . Aku ingat for sure orang akan beratur berduyun duyun..tapi mungkin rezeki kami cuma setengah jam sahaja masa menunggu. Aku pun baru je tau yang Pejabat Imigresen bukak on Saturday and Sunday. So bagus lah..
Kami bertiga (Hubby, aku n Khaliff) insyaallah akan ke Singapura pada 31hb ni..cadang nak duduk dekat JB je but this morning husband cakap akak iparnye dah suruh stay kat rumah dia kat Bedok, so save sikit budget :)..hmm so apa nak dibuat disana ye?

Aku dah ke sana dlm 3 kali (1st with hubby; sebab hubby dr sana, second with my friend Cik Suraya Murni and this coming one is going to be the 3rd time..

Aku rasa yang paling best kat Singapore ni bab shopping la (ramai kata mahal sebab currency sana tinggi aku rasa dlm SGD2.2 = RM1.00) tapi bile aku tengok takde pun mahal (bila dah convert duit kita kat sana)..

The last time aku pergi sana aku beli Dior Lip Gloss (harga kat sini around RM80.00) tapi kat sana dlm SGD25.00..murahkan?? pastu baju Giordano, Bossini, Hang Ten (alah..brand yang agak kureng menarik itu) harganye selepas convert RM10-RM15 ringgit je sehelai (well, kalau nak dicomparekan rasanya berbaloi baloi jugak la)..tapi aku tak fancy Giordano (kalau belikan adik aku yang duduk di Muar tu memang dia suka (apa apa pun nak brand Giordano)..

Hmm..masa aku pegi Vivo City dengan kawan aku Cik Sue last year..aku borong mangkuk Pyrex macam2 size (alah yang ada tutup plastik biru tu) ..murah gile..aku rasa beli kat Tangs kut..dah tu jalan jalan ternampak pulak periuk Vision (yang kaca 3 set tu)..harga dia cuma SGD75.00..aku pun angkut la..hehehe ..hasilnye penuh kereta si Sue tu dengan barang2 aku je..but thanks Sue sebab ajak aku jalan jalan...aaa..nanti kita gi Bandung lagi ye... :)

Pastu bile masuk ke Malaysia org Imigresen tu siap check suma2 brg..tak tanya apa pun ..aku pun gabra je takut kena tax whatsoever..last2 ok je..

Itula serba sedikit cerita aku gi Singapore..so bila korang nak konvoi gi sana? hmm...