Tuesday, March 30, 2010

Yummylicious

Salam all..

Salah satu kegemaran aku bile masa lapang ialah memasak. Dan aku suka bebeno tengok AFC Channel 703 kat Astro. Best. Esp citer, Chef at Home (Chef Michael Smith), Chopped, Coffee talk & Hawker Woks, Ho Chak & Rusiyo Rusi, Jamie at Home and Nigella Bites, Fresh with Anna Olsen & Sugar. Macam syok je tengok diorang masak. Campak campak pun bole jadi kek.

Aku pun dah start mengenal resepi-resepi omputih (yang sampai tergeliat lidah nak menyebutnye) macam risotto, bruschetta, foie gras dll.

Well, among all the show aku suka Rusiyo Rusi. Sebab? Host dia yang kelakar/gedik tak hingat/ala ala drag dan diva iaitu Kumar. Dah la dia ni kuku panjang, pastu dilentik lentikkan lagi jari dia. Aku suka cara penyampaian dia yang selamba kodok dan kerja dia asyik nak mengaco orang masak. Kekadang dia joget la..menari nari la kat belakang chef. Dia ni kira ada signature style tersendiri. Kalau orang tengok jadi lawak pulak. Kalau aku jadi chef2 tu dah lama aku sepak dia sampai tertonggeng. Mana taknye..kerjanye asyik menyakat je. Rusiyo Rusi ni dalam bahasa tamil + english dan ada translationnya. Best..best..


Maksud Rusiyo Rusi tu ialah So Delicious. So..sesiapa nak release tension sekejap bole lah tonton citer ni. Kekadang kalau aku tengah stress aku tengok citer ni bole tersenyum aku dibuatnya.

Bye all..

TAK MAHU

Tak mahu pemandu yang membaling sampah keluar dari kenderaan
Tak mahu orang yang potong queue di plaza tol, di pasaraya dll
Tak mahu program realiti TV yang berunsurkan SMS ditayangkan lagi
Tak mahu orang yang menggunakan perkataan “HOK” di antara perbualan
Tak mahu cashier yang bertanya “kak, ada duit kecik tak?”
Tak mahu iklan menegangkan payudara/anu lelaki di akhbar-akhbar tempatan
Tak mahu menonton siri kegemaran hingga larut malam dan menyesal keesokan paginya
Tak mahu rancangan TV yang di ulang-ulang
Tak mahu terbau badan manusia yang tak pernah kenal erti deodorant
Tak mahu mendapat gaji bulanan semata-mata untuk membayar hutang
Tak mahu ring tone yang kuat dan mengganggu rakan sekerja
Tak mahu mempunyai kawan yang kedekut
Tak mahu cleaner pondan mengendeng – ngendeng mintak belanja makan
Tak mahu bos yang suka menengking pada awal pagi, rosak mood aku
Tak mahu orang yang suka berjanji tapi tak menepati
Tak mahu orang yang claim dia yang buat padahal itu hasil kerja orang lain
Tak mahu orang yang berani memakai sleeveless dan terlupa menebas hutan belukar
Tak mahu cerita tentang adik-beradik yang kakak suka membuli dan adik sentiasa redho dibuli
Tak mahu terserempak dengan indon yang memakai baju jaring dan menampakkan puting tetek
Tak mahu orang-orang yang mengumpat di dalam surau
Tak mahu orang yang suka jaga tepi kain orang lain

TAK MAHU, TAK MAHU & TAK MAHU!

Monday, March 29, 2010

Khaliff & His Favourite Food

Salam u olls..

Post aku yang lepas ada citer pasal Khaliff yang sekarang ni memang suka sangat makan sardine roll nie. Kalau pagi-pagi singgah warung kat masjid besar Shah Alam memang dia suka. Nampak je tupperware yg ada kuih tu dia dah jerit NAK! NAK!..Let the pictures do the talking lah ye. Muka tak mandi. Kang cakap korang tak caya pulak. :P







Bye olls..

Need Help? Call Nanny 911


Salam u olls..

Aku telah menangis semasa menonton Nanny 911 di NTV7 semalam, Monday @ 8.30pm. Yes, aku memang drama queen. Waaa!! Janganlah gelak. Sedey tau! Sob..sob ..tissue please..

Citer ni berkisarkan tentang Nanny yang dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan segala masalah keluarga dalam perihal menangani khususnya kerenah anaka-anak.

Kepada parents sekalian yang tak pernah menonton citer ni, aku suggestkan citer ni untuk korang tengok. Bukan setakat tengok, tapi ada banyak benda yang korang boleh belajar dlm cara didikan anak yang sempurna. Dari segi komunikasi, tanggungjawab sebagai ibu bapa, dan sebagainya. Of course la bab agama mereka takde, but on the positive side of it, kita bole applykan on day to day routine as a parents.

Yg kisah last week aku nak recap pasal hal couple yang tak sefahaman dari segi tanggungjawab. So bila anak2 terabai semua masalahnya bertitik tolak dari ibu bapa yang tak nak bekerjasama, tak nak bertolak ansur. End up anak2 yang jadi mangsa keadaan. Tu yang bile si ibu dah penat dia akan terpekik pekik kat anak, lepaskan geram pada anak. Mana taknye, si ibu la kena membasuh baju, sediakan makanan, mengemas etc. Si bapaknye pulak sibuk duduk mengasah pisau, baca paper, tengok tv, tido..boleh? So, Si Nanny ni terpaksa campur tangan dan suggest si suami take over kerja si isteri just for a day. And u know what? Si suami ni punya la kekok buat kerja rumah, tension dgn anak2 panjat sana, panjat sini, conteng sana conteng sini. ARGGHHHH!!!

So the point is si suami kenalah bagi kerjasama dalam bab menjaga rumahtangga ni. Tolong la kemas sikit rumah yang macam tongkang pecah, tolong basuh baju, pendek kata tolong la sikit si isteri tu buat kerja rumah.
Yang kisah semalam pulak pasal anak2 yang nakal dan tak dengar kata sebab si bapa dan si ibu kurang mahir bab komunikasi. Yg mereka tahu cuma menjerit, menengking. Bile si Nanny interfere, suggest si ibu guna reverse pshchology, cakap lembut lembut..mintak maaf dengan anak, dan berjanji yang mereka takkan gaduh gaduh lagi (sambil peluk dan cium anak)..(haa..masa nilah air mata aku merembes keluar) sedey tau...so, dah selesai satu lagi masalah.

Sebenarnya anak kita kalau dah selalu kena tengking, kena pukul..mereka dah jadi takut dengan kita. Akan hilang rasa hormat mereka pada kita. Jadi, gunakanlah saluran yang betul, masih belum terlambat nak mendidik anak dan nasihat ni ditujukan untuk aku juga.

Bye all..

Sunday, March 28, 2010

Dari mana Datangnye Lemak-Lemak Itu?



Muka innocent gile wa cakap lu...masa ni Darjah 1



Ni masa time sekolah Tingkatan 5..wah..I really miss that time..



Yang ni pulak masa kerja. Ya Ampun...mana datangnye lemak-lemak aku ni..TOLONG!! Aku mau kurussss!!!

Comel tak?


Ini gambar Khaliff yang latest. Muka comot tengah main buai kat taman. Comel tak? Comel tak?

How Far Would You Go?

Aku terpanggil untuk mengupdate blog yang dah sekian lama menyepi ni. First of all takziah aku ucapkan pada kawan aku Nurul Wahida Zainol Abidin yang telah kehilangan adik tersayang Nursalwa pada awal March (sorry, I couldn’t recall the date) kerana menghidap penyakit leukemia.

Untuk pengetahuan, Nurul was my colleague in Muhibbah back then, she resigned and joined a new company in Kota Damansara. Well, people come and people go. Cuma dlm setahun lebih aku kat sini aku tak ramai close friend. U know, kawan nak gi lunch, kawan seopis, sebab most of the time aku buat hal aku sendiri. Cuma masa tiga empat bulan sebelum dia resign aku rapat dengan dia.

Nurul dengan aku sebaya. So kadang2 aku share citer ngan dia masa kitorang kuar lunch. She’s a good buddy.

Saturday lepas aku keje, so Nurul pays us a visit and sementelah aku tanya pasal Salwa, arwah adik dia. Dengan rasa agak terkilan dia ada briefly citer pasal arwah. Masa akhir-akhir pemergian Salwa banyak benda benda misteri yang berlaku. Aku tak nak citer panjang kat sini. Tapi banyak pengajaran daripada citer dia ari tu. Dia ada jugak meluahkan yang dia agak terkilan sebab tak dapat bawak Salwa pergi berubat dekat ustaz etc. Tapi yang penting, arwah pergi dengan tenang dan aman.
Aku sedih dengar citer dia. Kalau betullah apa yang berlaku, kalau dia memang sakit pun kita redhakan pemergian dia. Dan kalau betul pun apa yang berlaku ke atas arwah adalah hasil buatan hasad dengki , kita doakan mereka diberi balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka.

Kadang2 aku pelik kalau manusia ni yang bab dengki mendengki, cemburu melihat kelebihan orang lain. Sampai kadang2 aku terfikir sampai to the extend yang u know, nak buat orang jadi miserable, gila, sakit berbagai. Apa yang kau dapat? Puas hati? Tak ingat syurga neraka ke?

Untuk Nurul, bersabarlah. Ada hikmah disebaliknya, yang penting Tuhan lebih menyayangi dia. Ingatlah Allah maha mengetahui, Allah maha adil.

Al-Fatihah buat Nursalwa Zainol Abidin. Semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. AMIN.

Wednesday, March 3, 2010

Aku Hampir Ditipu

Semalam lepas balik dari opis lebih kurang pukul 6 petang aku pun ajak la suami pergi makan kat Killiney (kat Tadisma Business Park). Memang sedap makanannye. Aku order Fish n Chips (macam muak sikit) dan utk incik suami aku orderkan Mee Rebus. Untuk si kecik pulak aku orderkan sosej, scrabble egg sama hash brown (si kecik tak makan pown). End up aku ngan incik suami yang tolong perabihkan.

Pastu incik suami baru je teringat pasal makanan Si Khaliff ni tak beli lagi. So, kami pun pergi la ke Giant Shah Alam Section 13 tu. Biasanye kitorang beli groceries pun dekat Tesco (sebab bole kumpul point). Kira dah lama jugak aku tak pergi ke Giant ni. Walhal lagi dekat kalau nak gi sana berbanding nak gi Tesco.
Pastu aku pun keluar la kat tempat keluar tanpa pembelian (sambil mendukung si Khaliff ni).

Tetiba aku diapproach oleh seorang mamat melayu ni. Berpakaian kemas. Not bad.
“Kak, akak dah amik souvenir tak?”. “Tak.” Aku jawab.
“Laa..betul ke akak tak dapat lagi?”. “Tak. Pe Mende nih?” Aku tanya dia.
“Akak pernah dengar Arezzo?”. “Pernah la..yg induction cooker tu kan?”. Aku jawab balik.
“Macam2 ada kak. Bukan setakat induction cooker. Kita ada microwave oven, air purifier dll.”
“Akak baru je beli bulan lepas. Dapur yg 4 burner, hud dan oven, nak panggang manusia pun bole.” Aku jawab dia balik. Memang pun aku ada beli brand Rubine untuk rumah baru aku nanti.

Oklah. Fine. Pastu dia pun dah nak suruh aku tulis satu borang kononnye nak amik souvenir tu la. Masa tu Khaliff duk merengek2 kat aku. Pastu salah sorang salesman kat situ amik si Khaliff. Dia dukung Khaliff semata2 nak suruh aku dengar yang mamat sorang ni punya cerita. Aku rasa dalam dua tiga orang salesman lelaki n couple of salesman pompuan. Yang pompuannya make up aduyaii..ngalahkan macam kucing makan anak. Dik oii...bulu mata palsu tu nampak palsu dik oiii...
Jap lagi ada salesman lagi sorang join. Chinese guy. Badan besar2 sikit. Bile dia dah start cakap omputih..aku pun speaking balik kat dia. Then aku pun dok tunggu laki aku tengah queue membayar nih. Lama betul. Pastu aku nampak mamat melayu tadi ni bagi kat Chinese guy tu satu kupon tear off.

“Akak..since akak dah dapat souvenir kita nak bagi lagi satu hadiah. Ni kira kupon diskaun utk akak incase in the future akak nak beli brg2 kita. So, akak bukak lah. Nanti kita tengok akak dpt diskaun apa.”

Part ni aku dah smell something is not right. “You bukaklah.” Aku jawab. Pastu dia pun bukak la kupon tear off tu. Dengan muka pelik + terperanjat Chinese guy tu cakap.
“Eh, kupon ni dah salah print la. Takkan la akak bole beli set periuk ni dgn harga RM100.00 je?.” Pastu muka mamat melayu tu pun macam terkejut la . (Cheh! Buat2). Earlier ada set periuk kat katalog tu dia tulis harga dlm RM3000++.

“Tak mungkinlah macam ni..nanti saya call boss saya.” Cheh..lakonan dia punya baik....At the same time dia tanya aku samada aku ni cikgu ke?”. Aku ingat nak je jawab ”Tak. Saya keje Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna”.
Pastu si cina ni explain la..maybe kupon ni salah print. Yang hadiah aku dpt tu..dengan setiap pembelian brgan Arezzo akan dapat beli set periuk tu dgn harga RM100.00.

Memang menipu. Nampak sangat berlakon. Pastu dia buat2 cakap dengan bos dia la..ckp kupon salah print la..apa la..what the hell, MAN!! Ingat aku ni bodoh macam kau ke???
Pastu kebetulan incik suami dah selesai membayar. Terus di ambiknya Khaliff dari tgn salesman tu tadi. Dengan muka pissed off dia cakap “Eh, cepatlah. Ape mende nih?.” Dah dah balik”.

Cina tadi pun cakap “Eh, kenapa muka suami u serius sangat ni?”. “Adalah mende tak kena ni”. Aku jawab balik.

Pastu aku nak angkat bontot ..diorang macam nak tahan aku. Pastu laki aku dah sound”Dah.Dah. I taknak.” “La..bang..dengar la dulu”. Mamat melayu ni cakap kat incik suami.

Aku cakap dalam hati nasib baik laki aku pun mcm dah tau taktik diorang ni. Nak pekena org je.

Pastu aku pun blah. Tanpa amik apa apa pun dari diorang.

Nasib baik aku tak ditipu. Tapi hampir-hampir.

Sampai je opis, aku google ‘AREZZO menipu’. Nah..keluar byk result dik non oiii.
Antaranya : http://arezzo-products.blogspot.com/

Alhamdulillah. Tuhan dah selamatkan aku. But I’m still pissed. Semua muka melayu yang kerja dengan company tuh. Tobat2 lah ye.