Wednesday, January 6, 2010

Does This Clutter Make My Butt Look Fat?

Good morning peeps..

Pernah tak korang terasa bila sampai rumah dan tengok rumah bersepah, macam tongkang pecah dek anak2 + korang punya barang barang berterabur sini sana and korang terasa sangat tension dan mahu menjerit meminta tolong 'KAO MENG AAA!!!!'

Well..for u olls info, aku dibesarkan dengan family yang agak ramai..nine of us..dan rumah kami selalunya jarang berkemas. Aku rasa ada la sebulan sekali mak aku kemas..susun elok2 brg2 rumah tapi hanya berjaya bertahan selama beberapa jam sahaja. Best tak?

Ceritanye semasa aku di UMW Toyota tahun 1999, aku pernah menghadiri satu kursus yang dipanggil 5S. 5S tu maksudnya Sorting, Straighten or Set in Order, Sweeping or Shining or Cleanliness, Standardizing and Sustaining the discipline. Banyak info yang aku boleh dapat dari sana and at the same time aku boleh apply kan dalam hidup aku seharian. Satu petikan yang aku rasa worth sharing ialah "Selalunya orang buang sampah pagi atau malam yang elok?" Kebanyakan jawab "PAGI!". Suprisingly, jawapannya ialah "MALAM!".

Sebab? Semasa waktu malam lah lipas, tikus, cicak berkeliaran dan mencari makanan. Lepas makhluk2 itu dapat makanan, mereka akan membina empayar di sarang sendiri. Itu lah sebab kadang2 kita tengok dekat rumah ada sarang tikus, lipas dll. Eii..geli! So..konklusinye..buanglah sampah pada malam hari. OK? Tapi jgn la pukul 12 malam ko keluar rumah bawak plastik hitam..tak pepasal pulak kena tangkap polis. eii seram!

Tips2 dari Peter Walsh (author Does This Clutter Make My Butt Look Fat? book) ada mengatakan once korang dapat junk mail terus masuk tong sampah..jgn kumpul sampai banyak2..lagi sediakan 3 container bila buat housekeeping. Satu utk yang dibuang, satu utk simpan dan satu lagi utk didermakan. Nak lagi info? Boleh google nama Peter Walsh and 5S. It's time to get organized!

No comments:

Post a Comment